web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serang Anak Sendiri Secara Seksual, Bapa Dipenjara 13 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 7:32PM

Panel tiga hakim terdiri turut mengarahkan lelaki itu dikenakan enam sebatan .

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang pekerja rencam terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak perempuan yang berumur 13 tahun lima tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah turut mengarahkan lelaki itu dikenakan enam sebatan.

Tertuduh, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya dilupuskan, diperintah memulakan hukuman penjara hari ini.

Dalam keputusan yang dicapai secara sebulat suara, Hadhariah berkata sabitan kesalahan terhadap lelaki itu adalah selamat untuk dikekalkan.

Justeru, beliau berkata panel itu menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan serta hukuman dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Lelaki berusia 42 tahun itu pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 20 April 2021 daripada pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anaknya di rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Kampar, Perak pada Julai 2018 dan ini menyebabkan pendakwaan merayu kepada Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pada 30 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan lelaki itu.

Mahkamah Tinggi kemudian telah mensabitkan lelaki tersebut dengan kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan selain hukuman tambahan penjara tiga tahun dan empat sebatan sebagaimana yang diperuntuk di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana tertuduh memiliki hubungan bersifat amanah dengan mangsa memandangkan dia adalah bapa kandungnya.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan tertuduh supaya menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai hukuman penjara.

Peguam A.Srimurugan mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail dan P. Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

AJK Masjid, Surau Perlu Laksana Pelbagai Aktiviti Tarik Kehadiran Jemaah - Dr Mohd Na'im

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah