web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Penerbit Kunci Mulut, Fattah Amin Watak Utama Filem Pahlawan Awang Bersama Fazura Selepas Mat Kilau?

Timbul ura-ura mengatakan Pahlawan Awang bakal diangkat sebagai filem kedua terbitan Kembara Studio yang menampilkan Fattah Amin dan Fazura sebagai teraju utama. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 8:00PM

Fattah Amin dan Fazura dikatakan bakal memegang watak utama dalam filem terbaharu terbitan Kembara Studio. - Gambar Instagram Fazura

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit Studio Kembara, Shahruddin Mt Dali memilih sikap mengunci mulut daripada memberikan apa-apa komen mengenai filem kedua yang bakal diterbitkan syarikatnya berhubung ura-ura yang mengatakan Pahlawan Awang bakal diangkat sebagai filem kedua menampilkan Fattah Amin dan Fazura sebagai watak utama. 

“Kami (Studio Kembara) masih di peringkat ingin merahsiakan lagi siapakah yang bakal terlibat untuk filem kedua kami.

“Apa yang saya boleh kongsikan setakat ini adalah filem seterusnya akan mengangkat kisah seorang pahlawan yang juga wujud dalam zaman Mat Kilau dan Tok Gajah. 

Fattah Amin dan Fazura. - Gambar Instagram Fazura
Fattah Amin dan Fazura. - Gambar Instagram Fazura

Tokoh ini juga sangat penting yang juga sebahagian daripada perjuangan Mat Kilau,” katanya ketika dihubungi Getaran sebentar tadi. 

Bercakap mengenai progres penggambaran, Shahruddin menjelaskan pihaknya sudah berada di fasa pre-production di mana skrip sudah disiapkan sepenuhnya. 

“Skrip semua sudah siap dan kami menunggu waktu untuk melakukan penggambaran.

“Kami target untuk menamatkan penggambaran sebelum hari raya. Kami menjangkakan filem ini akan mula menemui penonton akhir tahun ini,” tambahnya. 

Terdahulu, filem biografi epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya mencipta fenomena apabila meraih kutipan hampir RM100 juta. Mat Kilau menjadi filem pecah panggung tertinggi bagi kategori tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers: End Game. - Getaran, 3 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 hari yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Semasa 7 bulan yang lalu

'Fear Of Missing Out' Boleh Beri Impak Positif Dalam Era Digital - Fahmi

3

Gaya 7 bulan yang lalu

Fazura Pastikan Produknya Mampu Milik

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Cukup Menjadi Bermanfaat Buat Manusia, Menjadi Baik Itu Urusanmu Dengan Pencipta” Netizen Puji Keperibadian Fazura

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara