web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Saya Bersedia Terima Kecaman Dan Teguran Netizen' – Aidit Noh Elak ‘Rapat’ Dengan Uqasha Senrose

Menurut Aidit Noh berkata dia turut sudah mempersiapkan diri menghadapi segalanya, termasuk teguran yang bakal diterima daripada agamawan dalam membawa watak Zayn dalam drama terbaharu lakonannya itu.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 8:22PM

Menerusi drama ‘Isteri Halal’ arahan Uchee Fukada itu, Aidit membawakan watak sebagai Zayn yang mengahwini Adellea lakonan Isyariana dan kemudiannya berlaku curang dengan Eyra lakonan Uqasha Senrose - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Aidit Noh atau Ahamad Aidit Hoh, 30, sudah bersedia menerima reaksi termasuk kecaman daripada netizen berhubung watak yang bakal dibawanya dalam drama terbaharu, ‘Isteri Halal’ yang akan ditayang bermula 27 Februari nanti.

Bahkan, Aidit juga mengakui dia telah mempersiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan, termasuk teguran yang bakal diterima daripada agamawan dalam membawa watak Zayn dalam drama terbaharu lakonannya itu. 

“Saya tahu dan sedar watak Zayn dalam ‘Isteri Halal’ ini akan dikecam teruk oleh netizen kerana dia lelaki yang curang terhadap isterinya selepas hidup mewah. 

“Ketika masih tiada apa-apa, Zayn boleh setia tetapi apabila sudah berharta, dia hanyut dalam kehidupannya. Ini juga bukan sekadar kisah dalam drama, tapi watak Zayn adalah realiti sebenar yang wujud dalam masyarakat kita. 

“Saya akan menerima semua kecaman diberi dengan baik, termasuk teguran daripada agamawan yang akan muncul selepas drama ‘Isteri Halal’ ini ditayangkan nanti,” katanya.

Aidit Noh
Aidit Noh

Menerusi drama ‘Isteri Halal’ arahan Uchee Fukada itu, Aidit membawakan watak sebagai Zayn yang mengahwini Adellea lakonan Isyariana dan kemudiannya berlaku curang dengan Eyra lakonan Uqasha Senrose.

Dalam pada itu, Aidit mengakui membawa watak Zayn amat berat kerana perlu melakonkan babak intim dan mesra dengan pelakon gandingannya Uqasha Senrose.

Namun, menyedari statusnya sebagai suami, dia sebaik mungkin cuba untuk mewujudkan jurang sewaktu menghidupkan babak-babak intim dan mesra dalam drama ‘Isteri Halal’ ini.

“Segala kemesraan saya bersama Uqasha hanya di set penggambaran saja dan tidak dibawa hingga keluar atau balik rumah.

“Selain itu, saya akan duduk bersama Uqasha dan bertanyakan kepadanya, apakah limitasi yang dia mahukan sewajtu berlakon dan begitu juga saya akan memberitahunya ‘the do’s and don’t’ sewaktu berlakon bersama.

“Malah, bagi menjaga dan menghormati status kami sebagai suami dan isteri orang, saya tidak menyimpan langsung nombor telefon Uqasha, apatah lagi pernah menghantar mesej WhatsApp kepadanya. Apabila di rumah, saya biasanya tak sentuh telefon langsung dan fokus kepada keluarga saja.

“Sebagai suami dan karier sebagai selebriti, saya sangat menjaga kepercayaan isteri terhadap saya dan karier saya. Ini kerana naluri seorang isteri itu sangat kuat dan apabila kepercayaan diberikan sudah ‘pecah’ ia tak bermakna lagi. 

“Saya percaya bahawa, walaupun masih hidup bersama, kebahagiaan itu pasti dah berubah. Saya perlu menjaga perkahwinan saya ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pelakon ‘Dendam Seorang Isteri’ itu berkongsi, dia tidak pernah memberitahu isteri sekiranya melakonkan sebarang babak mesra ketika berada di set penggambaran.

Jelas Aidit, dia sebenarnya risau berkenaan perasaan isterinya, selepas menonton babak mesra dirinya bersama pelakon wanita.

“Sejujurnya, bagi saya cabaran pertama melakonkan watak ini sudah tentu isteri saya. Masa berbincang berkenaan watak tersebut saya dikatakan bakal membawa peranan sebagai lelaki baik.

“Rupanya tidak, kalau berlakon curang saya tak kisah tetapi ini sampai ke atas katil. Saya pun takut dengan isteri saya ini. Kadang-kadang tu memang isteri saya ada berpesan janganlah lebih-lebih kalau berlakon.

“Bagi saya cuma kita tidak perlulah beritahu setiap babak secara detail in and out yang akan dilakonkan bersama pelakon wanita lain. Biar dia tengok sendiri dan nanti dia akan tanya kita juga. Pandai-pandailah saya jawab,” katanya.

Drama ‘Isteri Halal’ akan bermula tayangan pada 27 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Ria (104) dan boleh distrim menerusi On Demand si Astro Box dan aplikasi Astro Go. - Getaran, 20 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Perjelas Babak Berkemban Dan Berpelukan Dengan Amirul Affendi Dalam Filem Sumpahan Jerunei

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JAKIM Diarah Siasat Wanita Muat Naik Kandungan Lucah

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Mujur Kena Belakang Kepala, Jika Tidak Kamal Adli Mungkin Sudah Tiada - Uqasha Senrose Minta Malaysia, Singapura Usah Bergaduh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara