web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAKIM Diarah Siasat Wanita Muat Naik Kandungan Lucah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 7:13AM

Wanita itu didakwa sudah berulang kali memuat naik kandungan berunsur lucah dengan menggunaakan aplikasi Telegram - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarahkan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multinedia Malaysia (SKMM) berhubung kandungan media sosial seorang wanita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, wanita terbabit dikenal pasti memuat naik kandungan lucah, ternasuk yang memaparkan hubungan intim suami isteri.

Menurut beliau, laporan berkenaan adalah bagi membolehkan SKMM mengambil tindakan lanjut ke atas semua kandungan terbabit.

“Saya juga telah mengarahkan JAKIM untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan. 

“Saya minta JAKIM memberikan nasihat jua bimbingan. Dalam hidup ini, ada satu akhlak yang paling penting iaitu perasaan malu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai maklum balas kepada desakan netizen, yang mahu wanita tersebut dan suaminya dikenakan tindakan atas pelbagai faktor.

Selain didakwa berselindung di sebalik tiket agama, pasangan terbabit juga didakwa memberikan pelbagai tip dan info berkaitan hubungan kelamin, termasuk yang menyalahi peraturan Islam.

Dikenali sebagai Fatin Fauzi, wanita itu didakwa sudah berulang kali memuat naik kandungan berunsur lucah dengan menggunaakan aplikasi Telegram.

Perbuatan itu dikatakan masih berulang dan dia juga terlepas daripada sebarang tindakan walaupun sudah diadu kepada pihak berwajib.

Mohd Na’im mengulas lanjut, hubungan suami isteri tidak seharusnya dibincang secara terbuka.

“Sabda Nabi (Muhammad) SAW, sesungguhnya di antara yang didapatkan manusia daripada perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah; “Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu”.(HR Bukhari)

“Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka. Termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri. Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam,” tegasnya. - Getaran, 14 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah