web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Uqasha Senrose Perjelas Babak Berkemban Dan Berpelukan Dengan Amirul Affendi Dalam Filem Sumpahan Jerunei

Menurut pelakon jelita ini, dia sekadar mahu melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon bagi memenuhi tuntutan watak dan penggambaran dilakukan sebelum dia berkahwin dengan Kamal Adli

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 8:00AM

Sumpahan Jerunei akan ditayang bermula 27 Julai ini - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon jelita, Uqasha Senrose merupakan salah seorang pelakon utama dalam filem terbaru Sumpahan Jerunei yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Julai ini Ini.

Selain Uqasha, filem arahan Jason Chong ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon popular yang lain seperti Bront Palare, Amirul Affendi, Daiyan Trisha, Syafie Naswip, Tony Eusoff dan ramai lagi.

Uqasha dan barisan pelakon Sumpahan Jerunei - gambar Instagram
Uqasha dan barisan pelakon Sumpahan Jerunei - gambar Instagram

Dalam filem yang menjalani penggambaran di Sarawak ini, terdapat babak yang memaparkan Uqasha berkemban dengan hanya memakai tuala sahaja sewaktu adegan mandi. Uqasha juga mempunyai babak berpeluk erat engan Amirul Affendi.

Uqasha sewaktu ditemui di tayangan perdana filem ini berkata, dia sekadar mejalankan tugas sebagai seorang pelakon dan ketika itu dia belum berkahwin dengan Kamal Adli.

“Penggambaran filem ini dilakukan kira-kira empat tahun lalu sebelum pandemik. Ketika itu saya belum berkahwin. Saya nak memenuhi tuntutan watak. Tetapi tetap ada batasnya. Kalau nak cakap babak mandi itu, dalam drama pun banyak. Hanya disebabkan babak itu ada dalam filem ini, ia kelihatan seksi,” katanya.

Uqasha Senrose - gambar Instagram
Uqasha Senrose - gambar Instagram

Ditanya adakah Kamal akan teguris hati melihat babak  dia berpelukan dengan Amirul Afffendi, kata Uqasha sebagai seorang pelakon, suaminya pasti faham tentang tanggungjawab sebagai seorang pelakon.

“Seperti yang saya beritahu, babak itu dilakonkan sewaktu kami belum berkahwin. Ketika itu saya tiada apa-apa ikatan dengan Kamal. Kami masih dalam fasa berkawan. Tetapi selepas berkahwin, pasti ada batasnya,” ujarnya.

Selain babak berkemban dan berpelukan, ada babak lain yang lebih mencabar yang terpaksa dilakonkan oleh Uqasha iaitu terjun ke dalam sungai yang kotor.

“Saya nampak ada biawak, anak ular dan macam-macam lagi binatang dalam sungai itu. Air sungai itu pula keruh. Warna coklat gelap. Pada mulanya saya minta untuk mereka gunakan ‘body double’ untuk babak ini, tetapi tidak dilayan. Akhirnya saya akur dan buat juga,” kongsinya.

Babak Uqasha terjun dalam sungai - gambar Instagram
Babak Uqasha terjun dalam sungai - gambar Instagram



Selain filem Sumpahan Jerunei, Uqasha juga pernah melakonkan babak terjun dari jeti laut sewaktu membintagi drama Akira Khan. Ditanya apa yang membuatkan dia berani untuk melakukan sendiri aksi terjunan itu, kata Uqasha dia merupakan seorang yang pantang dicabar.  – Getaran, 25 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara