web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


My #Qurantime 2.0: Bawa Penonton Hayati Pengembaraan Bersama Al-Quran, Sebanyak 2,114 Episod 

Program berdurasi satu jam ini akan bersiaran sebanyak 2,114 episod pada tahun ini dengan memaparkan empat segmen iaitu bacaan surah, kisah di sebalik surah, tajwid dan tadabbur. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 5:00PM

MQT 2.0 telah bersiaran sejak 5 Februari lalu di TV9 dan episod yang berikutnya disiarkan setiap hari pada jam 12.00 tengahari. - Gambar ihsan TV9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap kitab suci Al-Quran, sebuah program bertajuk My #QuranTime 2.0 (MQT) telah dicetuskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) dan didanai oleh penginfak dan pewakaf melalui Tabung Gerakan Al-Quran.

MQT 2.0 ini akan membawa penonton untuk meneroka isi kandungan Al-Quran dan mengenali kitab suci bagi umat Islam dengan lebih mendalam.

MQT 2.0 telah pun bersiaran sejak 5 Februari lalu di TV9 dan episod yang berikutnya disiarkan setiap hari pada jam 12.00 tengahari. 

Program berdurasi satu jam ini akan bersiaran sebanyak 2,114 episod pada tahun ini dengan memaparkan empat segmen iaitu bacaan surah, kisah di sebalik surah, tajwid dan tadabbur serta menampilkan ustaz dan qari yang terkenal seperti Fazrul Ismail sebagai pentadabbur, Ustaz Tarmizi Haji Ali sebagai Qari, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Azlina Mohamed Isa. 

Gambar ihsan TV9
Gambar ihsan TV9

Pada mulanya, program ini diperkenalkan untuk mengisi dan meningkatkan semangat rakyat yang tertekan akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, terutama kepada mereka yang kehilangan anggota keluarga dan insan tersayang akibat pandemik itu.

Pengembaraan ini bakal membawa penonton meneroka Al-Quran bermula dari Surah Al-Fatihah hingga ke juz yang terakhir. MQT 2.0 juga adalah usaha bagi membantu umat Islam untuk meningkatkan penghayatan dalam solat dan hafazan.

Selain itu, MQT 2.0 turut membawa penonton belajar menghayati Al-Quran melalui hafalan dan pemahaman Al-Quran melalui tadabbur serta bacaan yang mantap melalui tajwid serta tahsin. 

Istimewa kali ini, kajian yang dilakukan YWUI untuk MQT dilakukan secara lebih mendalam untuk setiap satu pertiga dari 604 halaman Al-Quran modul Quran Al-Hafiz yang telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jika terlepas, penonton boleh saksikan siaran ulangan bermula dari episod satu dan episod selanjutnya bermula pada 5 Februari 2023 di TV9, setiap hari pada pukul 4.30 pagi. – Getaran, 24 Februari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara