web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Tujuh Dua Belas’ Tampilkan Pelakon Wanita Yang Mampu Bertarung, Angkat Kisah Penculikan Kanak-Kanak – Pengarah

Setelah sekian lama bergiat dalam industri perfileman tanah air, akhirnya Thorpe Ali berjaya menghasilkan naskah filem pertama arahannya, 'Tujuh Dua Belas' yang berkisar tentang kes penculikan kanak-kanak.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 1:22PM

Chintya Chandranaya memang tular dengan aksinya menendang tong gas terutama sekali di YouTube - Gambar ihsan Osmosis Production Sdn. Bhd.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama bergiat dalam industri perfileman tanah air, akhirnya Thorpe Ali berjaya menghasilkan naskah filem pertama arahannya, Tujuh Dua Belas yang berkisar tentang kes penculikan kanak-kanak. 

Selaku pengarah, Thorpe Ali berkata, kes penculikan melibatkan kanak-kanak merupakan antara kes jenayah yang sering berlaku dan kerap mendapat perhatian ramai.

“Misalnya, kisah mengenai kes penculikan ‘van putih’ yang cukup popular dan pernah menjadi bualan ramai. Maka, ia menjadi inspirasi untuknya menghasilkan filem yang mengangkat tentang tema jenayah berkenaan. 

“Sebetulnya, idea untuk menghasilkan filem ini sudah mula timbul sejak 10 tahun lalu dan mengenai tajuk Tujuh Dua Belas, ia sebenarnya memberi maksud kejadian penculikan yang berlaku dari pukul 7.00 pagi hingga 12 malam.

“Ia memberi mesej bahawa sekiranya berlaku kejadian sebegini, tindakan pantas harus diambil segera. Kejadian penculikan ini selalunya tidak menunggu masa lama kerana mudah dikesan dan filem ini menunjukkan watak utamanya berusaha untuk mencari penculik,” katanya. 

Farali Khan
Farali Khan

Diterbitkan syarikat produksi, Osmosis Production Sdn. Bhd, filem Tujuh Dua Belas menampilkan barisan pelakon hebat seperti Farali Khan yang menjadi teraju utama selain Johan As’ari dan Adam Darwisyh.

Menariknya lagi, filem ini juga turut menampilkan pesilat kelahiran Indonesia yang popular di media sosial iaitu Chintya Chandranaya.

Tujuh Dua Belas mengisahkan tentang Safia, seorang atlet seni mempertahankan diri yang terpaksa bertarung nyawa untuk menyelamatkan anak saudaranya yang diculik oleh sekumpulan penyeludup organ manusia. 

Mengenai keputusan untuk menerbitkan sebuah filem aksi, Thorpe memberitahu berdasarkan pemerhatian yang dibuat, genre aksi merupakan antara yang digemari penonton selain filem-filem bergenre seram dan komedi.

Jelasnya lagi, filem arahannya itu juga sudah semestinya menampilkan beberapa perbezaan dengan filem aksi yang pernah diterbitkan.

“Kebanyakan filem aksi selalunya memaparkan watak lelaki selaku tunjang utama, tetapi filem Tujuh Dua Belas ini mengangkat golongan wanita yang lincah dalam seni bela diri.

“Disebabkan itu saya memilih pelakon seperti Farali Khan kerana dia memiliki asas seni bela diri MMA, begitu juga pemilihan Chintya yang sememangnya tular dengan aksinya menendang tong gas terutama sekali di YouTube,” jelasnya.

Chintya Chandranaya
Chintya Chandranaya

Penggambaran Tujuh Dua Belas dilakukan sekitar Januari 2022 serta di beberapa buah lokasi seperti Kuala Lumpur serta Gopeng, Lenggong dan Pengkalan Hulu, Perak.

Berkenaan cabaran sepanjang pembikinan Tujuh Dua Belas, Thorpe berkata, filem ini telah menjalani penggambaran sewaktu negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Disebabkan itu, banyak pergerakan yang terbatas dan banyak babak yang tidak dapat dibuat.  Kalau ditanya mengenai harapan pula, pasti saya mengharapkan Tujuh Dua Belas berjaya menarik sokongan penonton ke pawagam.

“Sekiranya filem ini mencipta kejayaan, kami juga sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel yang kedua dengan gabungan pelakon-pelakon Malaysia, Indonesia dan Kemboja,” katanya lagi. 

Thorpe sebelum ini adalah individu yang bertanggungjawab dalam penerbitan sebuah rancangan popular siri seni beladiri di TV3 berjudul 'Mahaguru' sekitar tahun 90-an. – Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara