web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Tuntutan Tak Masuk Akal Dan Dianiaya Awesome TV, Ayu Puteh Sudah Bawa Ke Pihak Menteri

Ketika dihubungi Getaran, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pasukan Menteri sudah menerima fail butiran kes bagi meneliti isu ini dengan lebih mendalam.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 8:39PM

Ayu Puteh - Semua gambar ihsan Ayu Puteh

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan penerbit Pencil Pictures And Records, Datuk Ayu Puteh memfailkan saman terhadap stesen Awesome TV telah sampai kepada pengetahuan Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil. 

Ketika dihubungi Getaran, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pasukan menteri sudah menerima fail butiran kes bagi meneliti isu ini dengan lebih mendalam.

“Setelah beliau (Fahmi Fadzil) meninggalkan komen di Instagram saya, kami  terus berurusan dengan pasukan menteri mengenai apa yang terjadi antara pihak saya dan Awesome TV. Fail kes ini juga sudah pun berada di tangan menteri dan semua perincian yang diperlukan untuk kes ini sudah kami serahkan. 

“Menteri dan pasukannya sedang melihat perkara ini dan akan ada satu mesyuarat khas antara saya dengan pihak menteri nanti. 

“Diharap pihak menteri akan mengambil tindakan kepada syarikat besar yang bukan sahaja gagal melunaskan bayaran, tetapi memberi cerita tidak benar, memanipulasi dan menganiaya penerbit. 

“Ini hanyalah sebuah bisnes drama, tidak perlulah menganiaya orang sampai tahap begini. Penerbit di Malaysia adalah harta industri kreatif. Mengapa perlu ada layanan sebegini?” katanya kepada Getaran sebentar tadi.

Tetap memperjuangkan hak sebagai penerbit, Ayu bertekad meneruskan saman di samping memaklumkan tarikh sebutan kes ini akan berlangsung pada Rabu.

Salah satu babak dari drama 'Di Sebalik Dia'
Salah satu babak dari drama 'Di Sebalik Dia'

“Dalam isu ini, kami saman Awesome TV kerana gagal membayar RM704,000 untuk 26 episod drama ‘Di Sebalik Dia’ yang sudah ditayangkan di stesen berkenaan. 

“Saya kecewa kerana pihak Awesome TV telah memberikan satu surat tuntutan yang tidak munasabah iaitu berjumlah RM162,192,000.00 kepada pihak kami dengan alasan kami lewat memberikan bahan siaran dan gagal memenuhi syarat kontrak drama yang sepatutnya berjumlah 28 episod.

“Sebenarnya isu perubahan 28 episod kepada 26 episod ini sudah kami maklumkan kepada pihak stesen. Drama berkenaan menjadi 26 episod kerana kami sudah padatkan jalan ceritanya. Lagipula, ia sebuah drama bergenre thriller, maka jalan ceritanya sedikit cepat. 

“Jika tidak, ia akan nampak draggy jika ditonton. Footage berkenaan kami rakam cukup-cukup sahaja untuk 26 episod. Pihak kami yang mempunyai latar belakang daripada dunia perfileman sangat menjaga kualiti drama yang kami terbitkan,” katanya lagi.

 

Sudah maklumkan perubahan

Menurut Ayu, pihaknya sudah memaklumkan segala perubahan kepada stesen namun tiada sebarang respons atau bantahan diberikan. 

“Kami sudah pun memaklumkan perkara ini secara lisan, juga secara bertulis kepada pihak stesen menerusi e-mel bertarikh 13 September. Namun tiada apa-apa respons, bantahan atau isu dibangkitkan jika benar ia menjejaskan, merugikan stesen dan pengiklan seperti yang dicanang. Bahkan dalam tempoh itu stesen masih membekalkan bahan untuk kerja promosi kepada pihak produksi dan pelakon. 

“Bukan itu sahaja, pihaknya juga mendakwa, kami gagal menghantar bahan. Sebenarnya pihak mereka telah menukar tarikh tayangan sebulan awal seperti apa yang dijadualkan. 

“Namun begitu, kami tetap tenang dan tidak risau. Kami boleh memberikan bahan seperti yang diminta kerana semua bahan sudah ada dan masih dalam pembikinan. Jadi, tidak ada isu kelewatan seperti yang dikatakan,” tambahnya. 

Salah satu babak dari drama 'Di Sebalik Dia'
Salah satu babak dari drama 'Di Sebalik Dia'

 

Dakwa ada unsur penganiayaan

Lebih mencurigakan, Ayu mendakwa segala isu ini timbul setelah pihaknya meminta bayaran 26 episod drama yang sudah ditayangkan selepas dua kali notis.

“Saya hormat pihak stesen dan tidak menekan bayaran sehinggalah tarikh matang iaitu selepas tiga bulan daripada tarikh invoice. Selepas notis pertama dihantar, tiada khabar diterima daripada stesen.

“Selepas kami menghantar notis kedua meminta mereka menjelaskan bayaran, tiba-tiba kami menerima Surat Pembatalan Kontrak drama melalui e-mel, back dated pada 9 Januari 2023 sedangkan surat berkenaan bertarikh 24 November 2022.

“Sejak itu saya rasa tidak sedap hati seolah-olah ada unsur manipulasi dalam kes ini. Sedangkan kami memerlukan wang berkenaan untuk membayar claim, kos overhead, serta pinjaman MyCreative Venture yang kami lakukan untuk menyiapkan projek drama ini. Awesome TV dilihat seolah-olah enggan bertanggungjawab dan tidak berhati perut.

“Saya hanya minta hak saya sebagai seorang penerbit. Saya tidak akan akan halalkan satu sen pun wang kepada mereka dan sesiapa sahaja yang bersubahat memanipulasi para penerbit. Mentang-mentang anda stesen televisyen, suka hati sahaja hendak beri kenyataan palsu dan pandang rendah kepada penerbit,” katanya lagi. 

Terdahulu, Awesome TV memfailkan tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran terhadap syarikat terbabit berjumlah RM162,192,000 pada 1 Mac lalu. 

Selain itu, Datuk Ayu melalui Pencil Pictures Sdn Bhd didakwa telah hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan seperti termaktub di dalam kontrak bersama. Dua lagi episod gagal disempurnakan menyebabkan timbul  masalah penjadualan program dan mengakibatkan komplikasi dengan pihak pengiklan. - Getaran, 27 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Filem & TV 4 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara