web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sumpahan Malam Raya Gegarkan 1 Syawal, Bakal Pikat Penonton Dengan Elemen Seram Komedi

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 10:24PM

Sumpahan Malam Raya menampilkan barisan pelakon ternama, termasuk Vanidah Imran, Nora Danish dan Rita Rudaini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepaa sekian lama menyepi, Datuk Dr A Razak Mohaideen muncul dengan filem terbaru yang mengambil tema Aidilfitri.

Dikenali sebagai Sumpahan Malam Raya, filem seram komedi itu menampilkan barisan pelakon ternama, termasuk Vanidah Imran, Nora Danish dan Rita Rudaini.

Ia adalah hasil kerjasama produksi Veedu Production milik pasangan suami isteri, Denes Kumar dan Dr Vimala Perumal dan MGE Production.

Bercakap kepada Getaran, Denes memberitahu, kesempatan bekerjasama dengan A Razak adalah peluang keemasan yang disifatkan sebagai bulan jatuh ke riba.

“Nama Professor A Razak cukup tersohor dalam dunia perfileman negara dan tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau juga adalah pelopor genre komedi dengan kutipan pecah panggung.

“Dengan ketibaan Syawal yang amat dinantikan, pastinya filem ini turut sama menyuntik kegembiraan, apatah lagi dengan gabungan elemen komedi dan seram kegemaran ramai,” katanya.

Denes berkata, Sumpahan Malam Raya mula menjalani penggambaran telah mula menjalani penggambaran sejak Ogos tahun lalu di sekitar Pulau Carey dan Puncak Alam.

Pasangan Denes Kumar (kiri) dan Dr Vimala Perumal.
Pasangan Denes Kumar (kiri) dan Dr Vimala Perumal.

“Kami turut merasa bertuah kerana berpeluang menjalin kerjasama antarabangsa untuk proses adunan muzik, bunyi dan foley di Chennai, India.

“Tambah mengujakan, kesemua proses itu dibuat di studio yang dimiliki komposer legenda, AR Rahman,” katanya, gembira.

Beliau menarik perhatian, penonton akan disajikan dengan kesan bunyi Dolby 5.1 bagi memberi lebih kepuasan.

Dalam perkembangan berkaitan, Denes yang juga aktor filem Tamil terkemuka negara berkata, Sumpahan Malam Raya turut menampilkan barisan pelawak terkemuka seperti Atu Zero, Danial Zaini, Saiful Apek, Yassin Senario dan Ropie.

“Dengan menggabungkan pelawak baharu dan veteran, pastinya ia menjanjikan kelainan dan menggamit pelbagai kenangan indah.

“Ada juga lagu yang kini menjadi siulan ramai iaitu ‘Jom Beraya’ nyanyian Atu dan Danial,” katanya.

Sumpahan Malam Raya bakal ditayangkan bermula Sabtu, sempena 1 Syawal di pawagam seluruh negara.

Ia mengisahkan empat sahabat, Syawal, Tania, Adam dan Misha yang mengusahakan sebuah inap desa berhantu.

Pelbagai kejadian pelik dan misteri berlaku, dan mereka cuba merungkai semua itu satu persatu. - Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara