web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tak Serik, Tapi Akan Lebih Hati-Hati – Azrel Ismail Dakwa Masih Belum Terima Baki Bayaran Tertunggak Stesen TV

Azrel juga memberitahu bahawa dia akan berbincang dengan barisan pelakon lain yang terbabit untuk mengambil langkah perlu bagi mendapatkan hak mereka sebagai pelakon. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 9:21PM

Azrel sudah pun berhubung dengan pihak stesen TV terbabit mengenai bayaran lakonannya yang masih tertunggak itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Azrel Ismail mendakwa dia masih lagi belum menerima bayaran sebanyak RM20,000 untuk drama bersiri 18 episod, Jodoh Duda 1 yang dibintanginya untuk sebuah stesen TV swasta. 

Memetik laporan Harian Metro, Azrel berkata, dia sudah pun berhubung dengan pihak stesen TV terbabit mengenai bayaran lakonannya yang masih tertunggak itu.

"Pihak stesen TV terbabit juga buat tiga kali bayaran untuk pelakon dan saya sudah menerima bayaran pertama dan kedua tetapi bayaran ketiga yang sepatutnya dilunaskan pada 14 April lalu masih belum dapat lagi.

"Saya juga sudah berhubung dengan pihak stesen TV terbabit dan dimaklumkan, bayaran tertunggak itu akan dibuat pada hujung bulan ini,.

“Jika bayaran masih belum diterima hingga hujung bulan ini. Saya akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya yang memaklumkan bahawa drama bersiri tersebut sudah pun ditayangkan di stesen TV terbabit. 

Azrel juga memberitahu bahawa dia akan berbincang dengan barisan pelakon lain yang terbabit untuk mengambil langkah perlu bagi mendapatkan hak mereka sebagai pelakon. 

Jelas Azrel lagi, dia juga akan lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang.

Stesen TV swasta berkata, perkara itu masih dalam proses siasatan lagi dan mereka juga akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan isu berkenaan. - Gambar fail
Stesen TV swasta berkata, perkara itu masih dalam proses siasatan lagi dan mereka juga akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan isu berkenaan. - Gambar fail

"Saya tak serik pun tetapi jika ada projek drama atau program yang 'direct' dengan pihak mereka, saya akan berfikir dua kali.

"Jika projek drama atau program terbitan produksi luar di mana saya tidak perlu berurusan secara terus dengan pihak stesen TV terbabit selalunya tidak ada masalah dari segi bayaran," katanya.

Menjawab isu berkenaan bayaran tertunggak Azrel, jurucakap stesen TV swasta terbabit berkata, perkara itu masih dalam proses siasatan lagi dan mereka juga akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Terdahulu, pelakon veteran Norlia Ghani telah meluahkan kekecewaan di Instagram kerana masih gagal menerima bayaran daripada stesen televisyan berkenaan. 

Norlia atau mesra disapa sebagai Mama Norlia mendakwa kerja lakonan dilakukan sebelum bulan puasa lagi namun sehingga bulan Syawal habis pihaknya masih juga belum menerima bayaran terbabit.

Dia turut mempersoalkan tindakan stesen TV itu berbanding stesen TV lain yang lebih cepat melunaskan bayaran lakonan.

Luahan Norlia mendapat maklum balas pelbagai daripada ramai pengikut di Instagram miliknya termasuk dalam kalangan rakan pelakon dan kru belakang tabir yang mendakwa turut mengalami nasib yang sama.  – Getaran, 24 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

2

Semasa 11 bulan yang lalu

5.5 Juta Penerima STR Terima Bayaran Mulai 7 November

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengguna Tidak Tinggal Serumah Guna 1 Akaun Netflix Akan Dicaj RM13 Sebulan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia