web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengguna Tidak Tinggal Serumah Guna 1 Akaun Netflix Akan Dicaj RM13 Sebulan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 May 2023 1:03PM

Sebelum ini, AFP melaporkan bahawa Netflix memperluaskan tindakan kerasnya terhadap perkongsian kata laluan untuk meningkatkan pendapatan syarikat - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelanggan Netflix tambahan yang tidak tinggal serumah akan dikenakan bayaran tambahan RM13 sebulan atau memilih untuk memiliki langganan berasingan kerana perkhidmatan penstriman itu mahu mengelak perkongsian kata laluan di negara ini.

Menurut kenyataan Netflix Malaysia, e-mel mengenai peringatan itu akan dihantar mulai hari ini kepada pelanggan yang berkongsi akaun dan tidak duduk serumah.

“Akaun Netflix anda adalah untuk anda dan orang yang serumah dengan anda atau isi rumah anda.

“Anda boleh menonton Netflix dengan mudah semasa dalam perjalanan dan semasa mengembara, sama ada pada peranti peribadi, TV di hotel atau penginapan percutian,” katanya.

Katanya lagi, beberapa ciri tetapan baharu iaitu Pindahkan Akaun (Transfer Profile) dan Akses dan Peranti (Access and Device) turut ditambah.

Sebelum ini, AFP melaporkan bahawa Netflix memperluaskan tindakan kerasnya terhadap perkongsian kata laluan untuk meningkatkan pendapatan syarikat.

Netflix berkata, awal tahun ini lebih 100 juta isi rumah berkongsi akaun di perkhidmatan penstriman itu sekali gus "menjejaskan keupayaan syarikat untuk melabur dalam TV dan filem baharu yang hebat".

Perkhidmatan tersebut mencuba dalam beberapa pasaran dengan akaun "peminjam" atau "kongsi", di mana pelanggan boleh menambah pengguna tambahan untuk harga lebih tinggi atau memindahkan profil tontonan ke akaun berasingan.

Tindakan keras semasa digunakan terhadap penggunanya di lebih 100 negara.

Netflix pada April lalu berkata, bilangan pelanggannya mencecah rekod tertinggi kira-kira 232.5 juta pada suku pertama tahun itu dan tahap sokongan iklannya yang baru muncul menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Menurut syarikat itu, dalam pembentangan baru-baru ini, pelan penstriman baharu yang disokong oleh iklan meningkat kepada hampir lima juta pengguna di seluruh dunia. - The Vibes, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia