web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulasan Filem : Air Mata Berjuraian Ketika Menonton Memoir Seorang Guru

Bukan naskhah biasa-biasa, tetapi filem ini diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama, karya penulis popular, Allahyarham Azizi Haji Abdullah.

Filem & TV Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 8:31PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memoir Seorang Guru kini masuk hari keempat di tayangkan di pawagam seluruh negara. Syabas kepada anda yang sudah menonton karya yang diterjemahkan daripada novel garapan penerima Anugerah Penulis S.E.A. 1988, Allahyarham Azizi Haji Abdullah.

Pada yang belum, cubalah cari masa untuk menyokong filem anak tempatan ini. Lebih-lebih lagi jika ingin mengimbas kembali saat-saat manis ketika dibangku sekolah. Bawalah anak-anak -anak menonton bersama. 

Biar mereka lihat betapa indahnya dunia kanak-kanak suatu ketika dahulu dan pengorbanan seorang guru demi memastikan anak-anak didiknya menggenggam kejayaan.

Filem arahan Kyoll Hamzah ini menampilkan pelakon hebat Datuk Rosyam Nor sebagai teraju utama dan di sampingnya ada Nabila Huda, Johan Asa’ri, Ellie Suriaty, Zul Huzaimy dan tidak dilupakan pelakon-pelakon cilik iaitu Syed Muhammad Baqir, Rafique Iskandar, Danish Zamri, Hafiy Altamis, Kiky Hannah dan Dhiya Raidah.

Setiap seorang pelakon yang terlibat memberikan yang terbaik, tahu menterjemahkan watak yang ditulis di atas kertas ke bentuk visual sehingga membuatkan setiap mata yang menonton terpesona, dan terbawa-bawa emosi seperti mereka.

Sepanjang tempoh satu jam 45 minit, penonton dibawa menyelami perjalanan karektor Cikgu Sunan, seorang guru yang bergelut dengan perasaan sendiri kerana tiada keikhlasan dalam menjalankan tugas. Malah, dia juga melepaskan kemarahan kepada anak murid sendiri sedangkan dia sepatutnya memperbetulkan keadaan. 

Keletah Mihad (Syed Muhammad Baqir), Mat (Hafiy Altamis) dan Alias (Danish Zamri) membuatkan penonton tak kering gusi, namun mereka jugalah yang membuatkan air mata tidak henti berjuraian. Bayangkan ketika tayangan perdana filem ini tempoh hari, satu dewan teresak-esak menangis terpukul dengan emosi.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa pembikinan filem ini sendiri disulami dengan drama air mata. 

Menurut pengarahnya, Kyoll, ada banyak cabaran dan halangan yang terpaksa produksi hadapi. Ini kerana filem itu perlu disiapkan dalam tempoh masa yang cukup singkat iaitu 22 hari. Malah, terdapat juga salah faham dengan pengarah sinematografi. 

“Saya berasa tertekan dengan tempoh masa yang diberikan. Saya hanya ada masa 22 hari untuk siapkannya. Dengan kekangan bajet, terdapat juga masalah dalam mengenal pasti lokasi penggambaran. Kalau ikut novel, latar tempat sepatutnya di Borneo, tetapi kami akhirnya ke Perlis. Selain itu, terdapat juga perselisihan faham dengan pengarah sinematografi. Bila banyak masalah, saya akan menangis dan minta nasihat penerbit dan penulis skrip. Alhamdulillah kami berjaya harungi setiap cabaran,” ulas Kyoll.

Sebagai Cikgu Sunan, Datuk Rosyam Nor juga mengakui emosinya tersentuh apabila melihat lakonan sendiri di layar perak. Jelas Rosyam, watak Cikgu Sunan terlalu sukar untuk dijayakan kerana dia perlu memastikan penonton turut menjiwainya.

"Saya jarang tersentuh, apalagi menangis ketika melihat lakonan sendiri. Watak ini terlalu sukar untuk saya kerana penonton perlu menghayatinya. Apabila saya ditawarkan dengan watak ini, saya tahu ia perlu dilakukan dengan sehabis baik. Ia seolah-oleh mempertaruhkan karier lakonan saya. Dialog Cikgu Sunan sangat menyentuh hati. Walaupun, saya sudah banyak kali melakonkan watak sedih, tapi kesedihan kali ini berbeza dan ianya bukannya dipaksa," ulas Rosyam.

Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang seorang guru bandar, Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas di kelas paling corot.

Ia bukan sahaja menceritakan tentang hubungan anak murid dan guru, tetapi ada banyak mesej tersirat yang perlu dirungkaikan. Ia mengangkat mesej-mesej positif seperti nilai kasih sayang, mengenang budi dan kejayaan, kegagalan, penyesalan dan kisahnya begitu dekat dengan sesiapa sahaja yang pernah bergelar guru dan anak murid. 

Cikgu-cikgu di luar sana, mungkin boleh belanja anak-anak murid anda untuk menonton filem ini. Ibu bapa juga boleh senaraikan filem ini sebagai pilihan untuk aktiviti seisi keluarga. 

Jika perlu diberikan bintang, penulis dengan senang-hati menghadiahkan 3.5 bintang untuk Memoir Seorang Guru. Sebagai individu yang sering skeptikal dengan filem-filem Melayu, penulis suka dengan filem yang satu ini. Moga ia mampu meraih kutipan yang membanggakan walaupun pihak produksi tidak meletakkan sasaran yang tinggi. - Getaran, 2 Jun 2024

Foto : Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 bulan yang lalu

Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Penyelidikan Dan Pembangunan Industri Hiburan - Rosyam Nor

3

TARA 2 tahun yang lalu

“Menghormati Wanita? Hmmm” - Kritik Tindakan Rosyam Nor, Nurul Wahab Sedia Dikecam 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Filem Bahasa Melayu Pertama Berentap Di Festival Filem Locarno!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara