web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Ada Penyelidikan Dan Pembangunan Industri Hiburan - Rosyam Nor

Ia adalah formula yang digunakan  negara-negara yang maju dalam industri hiburan seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, dan ia sangat membantu ‘memberi impak’ bagi filem mereka.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 4:00PM

Rosyam Nor - Gambar oleh Rubini Nagarajah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor menggesa kerajaan supaya memberi peruntukan bagi membuka bahagian penyelidikan dan pembangunan bagi keseluruhan industri hiburan tanah air ini.

Rosyam berkata, pelaburan lebih banyak diperlukan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi industri hiburan secara keseluruhan kerana ia mampu menggerakan  hala tuju industri ini dengan lebih berkonsep antarabangsa.

“Sebenarnya, kerajaan patut melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan cerita ’mencabar dan menarik’ untuk layar perak bagi menjadikan filem Malaysia bertaraf dunia.

“Ini kerana, ia  adalah formula yang digunakan  negara-negara yang maju dalam industri hiburan seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, dan ia sangat membantu ‘memberi impak’ bagi filem mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pra-pelancaran filem animasi baharu ‘Tun Teja’ di Hotel Royale Chulan Damansara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 55, berkata penglibatan pelbagai pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), pembuat filem terkemuka dan pakar dari pelbagai sektor seperti sukan, sains dan sektor perniagaan  untuk melibatkan diri dalam penyelidikan berterusan amat diperlukan untuk menghasilkan cerita yang lebih baik dan kukuh, bukannya mengitar semula. 

Kata Rosyam lagi, kerajaan harus berusaha bagi turut melibatkan cendekiawan- cendekiawan serta profesor bagi mempertingkatkan lagi wawasan hala tuju industri hiburan tanah air ini.

“Jika pengarah filem merancang projek mereka secara sistematik dan digandingkan dengan pakar dari pelbagai sektor ekonomi untuk mempelajari dan menerima idea baharu untuk filem mereka, mereka akan dapat menangkap penonton yang lebih luas. 

“Dengan itu,  dalam jangka panjang filem Malaysia akan menjadi lebih menarik untuk  pengunjung ke pawagam,” tambahnya.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, kejayaan filem epik ‘Mat Kilau’ mengumpul kutipaan jutaan menjadi sebab utama, Dana Khas Kandungan Kreatif Kenegaraan (DEKAN) sebanyak  RM50 Juta diperuntukkan selepas satu dekad.

“Dana Khas oleh kerajaan ini sebenarnya pernah diperuntukkan kepada industri filem ini sebelum sedekad, dan syukur Alhamdulillah ianya diberi semula selepas kejayaan ‘Mat Kilau’ ini.

“Justeru itu, saya harapkan dana tersebut tidak jatuh ke tangan-tangan lain yang ‘main ambil’ sahaja selepas itu tidak digunakan dengan sewajarnya,” ujarnya.

Beliau berkata, daha khas tersebut harus dikendalikan oleh penerbit yang berkaliber supaya ianya tidak disia-siakan.

Rosyam akan menjadi suara katar bagi watak antagonis, Menteri Perdagangan Raja Mendeliar yang juga seorang pengkhianat dalam filem sejarah animasi baharu Tun Teja yang dijangka ditayangkan pada 2024.

Filem Tun Teja terbitan pertama NSA Studio dengan  teknologi animasi ‘Unreal Engine 5’ yang canggih ini turut dibintangi Fattah Amin sebagai pelakon latar suara bagi watak utama Sultan Melaka yang paling lama memerintah tanah Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah yang jatuh cinta dengan Tun Teja iaitu Puteri Pahang yang terkenal dengan kecantikan dan keberanian pada akhir 1400-an.

Tun Teja menjadi ibu kepada anak sulung Sultan Mahmud, Sultan Ahmad Shah, dan mereka berani mempertahankan kerajaan mereka apabila Portugis menyerangnya pada tahun 1511. – Getaran, 13 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Ulasan Filem : Air Mata Berjuraian Ketika Menonton Memoir Seorang Guru

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara