web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Puas Berlakon Filem Aksi, Hairul Azreen Kini Jadi Pengarah

Bersama pengarah, Adrian Teh, Hairul Azreen melebarkan sayap ke dunia sutradara dengan sokongan syarikat penerbitan filem asal Sarawak, Longhouse Films.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 11:14AM

Gambar: Instagram @hairulazreen

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Longhouse Films - syarikat penerbitan filem dari Bumi Kenyalang, bekerjasama dengan pelakon, Hairul Azreen untuk sebuah filem baharu akan datang bertajuk Ada Hutan.

Menariknya, Ada Hutan bakal menampilkan sentuhan pertama Hairul Azreen sebagai pengarah. Filem ini dibintangi oleh Zahiril Adzim selaku watak utama. 

Syarikat penerbitan ini turut berganding bahu bersama pengarah filem aksi terkemuka, Adrian Teh (Paskal, Wira) untuk sebuah lagi filem aksi berseragam yang bertajuk Bakara.

Tiga pengarah muda: Hairul Azreen, Adrian Teh & Syamsul Yusof. Gambar: Instagram @hairulazreen
Tiga pengarah muda: Hairul Azreen, Adrian Teh & Syamsul Yusof. Gambar: Instagram @hairulazreen

Bakara adalah sebuah filem adaptasi peristiwa sebenar tentang pertempuran yang melibatkan tentera Malaysia di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 1993.

Filem aksi ketenteraan ini dibintangi oleh pelakon-pelakon papan atas negara seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Aliff Satar selain Hairul Azreen sendiri. 

Walau bagaimanapun, penggambaran Bakara yang sepatutnya dijalankan tahun lalu, tertangguh gara-gara wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Jika tiada aral melintang, Bakara akan memulakan semula penggambaran pada bulan Jun tahun ini dan dijadualkan untuk tayangan perdana di Amerika Syarikat dan China pada 2022. 

Kerjasama antara Longhouse Films dengan dua anak seni tempatan ini bertujuan bagi membangunkan budaya filem negara dan menghasilkan filem berjiwa tempatan yang bertaraf antarabangsa. 

Malah, inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan pelakon-pelakon berkebolehan setanding luar negara serta pengarah muda yang mempunyai prinsip terpuji dan kritis dalam berkarya, supaya filem-filem yang bakal ditayangkan nanti dijangka mampu mengubah lanskap perfileman negara. Semua produksi dianggarkan memasuki pasaran tempatan dan luar negara menjelang 2022.

Sedikit informasi, ditubuhkan pada 2019, Longhouse Films mendapat namanya daripada ‘rumah panjang’ di Sarawak, tempat kelahiran pengasasnya, Jon Chiew.

Setelah lama berkelana di industri perfileman China selama 23 tahun, tiba masanya Jon untuk kembali ke tanah air, berbakti dan berkongsi kepakarannya dengan industri filem Malaysia.

Mungkin kedengaran baru, namun di peringkat global, Longhouse Films adalah pengedar filem animasi Monkey King: A Hero’s Journey to the West yang bakal dilancarkan Mei tahun ini.

Filem lain seperti Transit Tour (Korea), The Legend of Er Lang (China) dan Dear Mayang Street (China) serta memainkan peranan yang penting untuk sekuel Hello Mr. Billionaire (China).

Dengan cogan kata syarikat, “Dihasilkan dengan bangga di Malaysia oleh anak Malaysia untuk dunia,” Longhouse Films mahu membawa bakat dan budaya Malaysia, terbang tinggi di persada perfileman antarabangsa.

Pengasas, Jon Chiew (tengah) bersama Ahli Lembaga Longhouse Films. Gambar: Longhouse Films
Pengasas, Jon Chiew (tengah) bersama Ahli Lembaga Longhouse Films. Gambar: Longhouse Films

Layari Longhouse Films untuk maklumat lanjut. – Getaran, 16 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara