web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#KimonoProject: Bertema Negara Bertanding, Kimono Malaysia Paling Menawan! 

Lihat koleksi kimono indah yang dihasilkan untuk setiap negara yang bertanding di #Olimpik2020 dan #Paralimpik2020. 

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 8:52AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun #Olimpik2020 sudah melabuhkan tirai, acara #Paralimpik2020 baru sahaja bermula hari ini (24 Ogos 2021).

Sebagai tuan rumah, negara Matahari Terbit ini memang terkenal dengan budayanya dan apa lagi yang menggambarkan Jepun, jika tidak persalinan kimono? 

Justeru, sebuah organisasi bukan kerajaan, Imagine One World telah mengorak langkah bagi menyambut kehadiran atlet 206 negara (termasuk pasukan pelarian) ini dengan Kimono Project.

Dengan tema ‘The World Can Unite As One’, tujuan utama projek ini dijalankan adalah bagi menyemai kesefahaman antara negara dan mencapai keamanan sejagat menerusi sehelai kimono. 

Bermula sejak 2014 lagi, Kimono Project melibatkan ramai penggiat seni dan artisan Jepun, daripada pencanting hingga penenun yang diketuai oleh pereka fesyen, Yoshimasa Takakura. 

Setiap kedutaan negara-negara yang terlibat ditemui bagi memastikan rekaan kimono dan obi (selendang pinggang) benar-benar menonjolkan budaya, sejarah, alam dan mercu tanda tempatan.

Jurucakapnya, Orie Shimizu berkongsi setiap satu kimono yang dihasilkan bernilai kira-kira ¥2 juta (hampir RM77,000). Projek ini dijalankan sepenuhnya dengan dana korporat serta awam. 

Awalnya, Imagine One World merancang untuk bersama-sama memeriahkan Upacara Pembukaan Olimpik Tokyo 2020 namun terpaksa dibatalkan kerana wabak COVID-19.

Buat masa sekarang, semua kimono ini hanya dipamerkan secara maya, tetapi direncana bakal dipamerkan di Kansai Expo 2025 kelak. 

Kimono untuk Malaysia dihasilkan oleh Takehana-Sensho. Bagi menghasilkan kimono ini, Takehana berganding bahu dengan 40 pelajar dari Fukuoka Prefectural Kurume High School dalam mencanting bunga raya dan bunga pakma yang kembang bertaburan di kimono ini. 

Selain bunga, kelihatan juga elemen-elemen penting yang menggambarkan negara kita seperti rama-rama Rajah Brooke, motif songket, wau bulan, burung kenyalang dan bulu tangkis bagi melambangkan pingat perak Olimpik pertama negara yang dirangkul melalui sukan badminton.

Jika diperhatikan secara teliti, anda boleh melihat Menara Berkembar Petronas yang bercorak batik, dilatari bulan sabit dibelakangnya. Terdapat juga Jalur Gemilang.

Kain pinggang Obinya pula dicanting dengan corak batik Peranakan dengan latar tanah kain berwarna putih bersama corak daun emas, biru cair dan merah jambu. 

Layari laman sesawang Imagine One World Kimono Project untuk melihat semua rekaan kimono bagi negara-negara bertanding yang lain. - Getaran, 24 Ogos 2021

Semua gambar: Imagine One World 




 

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 minggu yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

4

Gaya 6 bulan yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN