web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dahulu Berjalur Biru-Putih, Kenali Asal-Usul Jalur Gemilang

Tahukah anda, bendera Malaysia mengambil inspirasi bendera negeri Johor?

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 8:06AM

Mohamed Hamzah, pereka cipta Jalur Gemilang

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara. Ia berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu pertiwi. 

Menurut gerbang rasmi Kerajaan Malaysia, bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara.

Sejarahnya, bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar secara rasmi pada tanggal 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring berkumandangnya lagu Negaraku buat julung kali. 

 Evolusi Jalur Gemilang 
Evolusi Jalur Gemilang 

Sejarah Jalur Gemilang 

Secara amnya, bendera Malaysia mengalami evolusi daripada bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan bagi memilih reka bentuk bendera yang baharu.

Seramai 373 karyawan mengambil bahagian dan hanya tiga reka bentuk yang berjaya telah terpilih ke peringkat akhir. Reka bentuk seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Encik Mohamed bin Hamzah berjaya dipilih mara sebagai pemenang pada 23 Februari 1950. 

Reka bentuk ini menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian pepenjuru bendera yang berwarna merah. Reka bentuk ini diilhamkan daripada bendera negeri Johor iaitu negeri asal Mohamed. 

Rekaan Asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu - Ilustrasi: Ahmad Ali Karim
Rekaan Asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu - Ilustrasi: Ahmad Ali Karim

Namun, reka bentuk bendera ciptaan Mohamed tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna DiRaja atas nasihat Sultan Kedah, Almarhum Sultan Badlishah. 

Dato’ Onn Jaafar, Menteri Besar Johor ketika itu berkunjung ke kediaman Mohamed di Jalan Ungku Puan, Johor Bahru untuk memberi cadangan agar mengubah suai sedikit rekaan bentuk bintang lakarannya kepada 11 bucu bagi mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan. 

Perubahan seterusnya adalah warna merah dan putih pada jalurnya bagi menzahirkan hubungan Persekutuan Tanah Melayu dengan negara-negara Komanwel. Reka bentuk baharu ini telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan diluluskan oleh King George VI pada 19 Mei 1950. 

Lakaran pindaan bendera oleh Mohamed Hamzah
Lakaran pindaan bendera oleh Mohamed Hamzah

Bendera Persekutuan Tanah Melayu mengalami satu lagi perubahan apabila bertambahnya 11 jalur kepada 14 jalur kerana penggabungan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura dalam membentuk Malaysia. Seterusnya bendera baharu ini dikenali sebagai Bendera Malaysia. 

Dikibarkan secara rasmi pada 16 September 1963, perpisahan Singapura dari Federasi Malaysia pada 9 Ogos 1965 tidak mengubah reka bentuk bendera Malaysia kerana 14 jalur dan bintang pecah 14 itu kemudiannya mewakili 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.

Pada malam 31 Ogos 1997 sempena 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu mengumumkan nama rasmi bagi bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang. Akhir kata, selamat menyambut Hari Merdeka ke-64! - Getaran, 31 Ogos 2021

Sumber dan Gambar: MyGovernmentJabatan Penerangan MalaysiaMajlis Keselamatan NegaraThe History and Design Chronology of Jalur Gemilang dan Kesultanan Johor Blogspot 


 

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 minggu yang lalu

Selamat Hari Merdeka, Malaysia! 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN