web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu Ini?

Paul & Shark, Kit Woo, Xiaomi, Swarovski, Lush, BOSS dan Habib ada berita untuk anda!

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 11:14AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini dimulakan dengan pembukaan butik perdana Paul & Shark dan Lush Pavilion KL. Kit Woo pula berkolaborasi dengan Collab Store, sementara Xiaomi bekerjasama dengan Swarovski. Manakala, Habib dan BOSS melancarkan koleksi terbaru mereka.

Paul & Shark kini di Malaysia!

Paul & Shark membuka butik pertamanya di Malaysia, bertempat di The Starhill, Bukit Bintang.

Rumah fesyen dari Itali ini terkenal dengan koleksi pakaian lestari eksklusif yang diperbuat semula menggunakan material-material kitar semula seperti jaring ikan dan botol plastik demi kepentingan alam sekitar.

Butik berkonsep moden mewah yang berkeluasan 140 persegi ini menawarkan pengalaman membeli-belah untuk lelaki-lelaki sofistikated dan kasual. Koleksi-koleksi ikonik seperti kemeja-t polo Paul & Shark yang tersedia dalam 100 jenis warna.

Lush Pavilion KL berwajah baru! 

Butik Lush Pavilion KL telah dibuka untuk dikunjungi tetapi kali ini di berbeza lokasi! Butik barangan mandian dan wangian ini dibuka semula di aras 4, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menawarkan pelbagai produk mesra alam untuk wajah, badan dan rambut, Lush menyuntik perasaan yang unik serta menambah unsur moden untuk hiasan dalaman butik terbaharunya ini. 

Apa yang masih sama? Cinta dan kasih sayang di dalam proses penghasilan produk mandian selama 25 tahun oleh Lush!

Kit Woo X Collab Store

Kunjungi instalasi Kit Woo x Collab Store di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur.

Khas untuk kolaborasi ini, Kit Woo menampilkan Koleksi Tali iaitu kompilasi koleksi keluaran Kit Woo dari musim terdahulu hingga sekarang.

“Ia proses menambahkan ‘tali’ sebagai pengikat dan kami terus menambah dan menambah lagi, dengan itu ia menjadi jelas untuk kami menggunakan cara ini menjadi dekorasi,” jelas Kit Woo. 

Instalasi istimewa ini turut menampilkan FW19 Peel Collection iaitu campuran elemen busana dan selendang.

Kemilau Swarovski x Xiaomi

Xiaomi mengumumkan kolaborasi bersama Swarovski untuk Xiaomi 11 Lite 5G NE. 

Dengan tema Discover Lite with Swarovski, kerjasama ini bertujuan untuk memangkinkan sinergi stail bertemu teknologi. 

Istimewanya, Xiaomi 11 Lite 5g NE ini turut didatangkan dengan kotak edisi terhad eksklusif yang dihiasi dengan Swarovski. 

Xiaomi turut menawarkan empat warna seperti Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Snowflake White. 

Habib lancar rantai ‘Ibu Mutiara’

Rekaan minimalis dan ringkas untuk pelengkap gaya harian. Rantai leher keluaran terbaru Habib ini menerapkan elemen ‘Ibu Mutiara’ (Mother of Pearl).

Hadir dalam ukiran rama-rama, rantai emas putih ini menyerlahkan lagi kecantikan si pemakai. Berona lembut, ia sesuai untuk mereka yang ingin tampil ringkas namun tetap nampak elegan.

Rantai ‘Ibu Mutiara’ ini juga boleh digayakan secara berlapis (layered) dengan tempahan di kedai emas Habib berdekatan anda. 

BOSS DNA untuk lelaki versatil

Koleksi kaca mata terbaru dari BOSS, BOSS DNA direka untuk gaya moden dan elegan. Ia menampilkan sentuhan segar yang merupakan bahagian penting di dalam koleksi. 

Sesuai digayakan untuk tujuan kerja atau santai, BOSS DNA harus ada di dalam kocek si jejaka untuk sebarang majlis! - Getaran, 16 November 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Pelaburan Emas : 5 Tip Untuk Memulakan Pelaburan Berkilau Anda!

2

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

3

TARA 1 tahun yang lalu

Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

4

TARA 1 tahun yang lalu

Kilauan Emas Puteri Disney Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN