web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CARRO Menang Pereka Fesyen Terbaik MY Gaya Month!

Caroline dan Mark berjaya menewaskan 29 pereka fesyen tempatan lain yang turut bertanding.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 8:35AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengasas jenama CARRO, Caroline dan Mark merangkul anugerah Pereka Fesyen Terbaik MY Gaya Month anjuran Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA).

Bertempat di Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, anugerah ini disampaikan oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

“Kami dari pihak kementerian akan sentiasa menyokong inisiatif fesyen anjuran MBDA ini. Sukacitanya dimaklumkan My Gaya Month tidak akan berhenti setakat ini sahaja, malah ia akan diteruskan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia sepanjang masa.

“Perbincangan lanjut akan dilakukan bersama pihak penganjur akan arah tuju MY Gaya Month bagi menyokong pereka-pereka fesyen tempatan, disamping memperkukuhkan lagi segmen gaya hidup di dalam Kempen Beli Barangan Malaysia,” ucap Hasnol.

 (Dari kiri) Pengasas, Bon Zainal bersama Datuk Seri Hasnol Zam Zam dan Pengerusi MBDA, Rasta Rasid
(Dari kiri) Pengasas, Bon Zainal bersama Datuk Seri Hasnol Zam Zam dan Pengerusi MBDA, Rasta Rasid

MY Gaya Month bermatlamat untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia menerusi produk-produk fesyen dan gaya hidup, sekali gus melahirkan usahawan-usahawan fesyen baharu.

Ia menampilkan 30 pereka fesyen tempatan bersama koleksi-koleksi mereka yang berkisar sekitar tema citarasa Malaysia dan fesyen mewah tempatan.

Setiap pereka memperagakan rekaan mereka yang merangkumi koleksi pakaian lelaki dan wanita, pakaian sukan, busana sopan, aksesori, dekorasi dan barangan fesyen pelbagai gaya.

Sebahagian pereka turut menghargai keindahan seni tradisi dengan menerapkan motif batik dan seni tradisional lain ke dalam koleksi mereka.

MY Gaya Month turut bermatlamat untuk memberi sokongan kepada jenama dan pereka-pereka fesyen tempatan.

Inisiatif ini diharapkan mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang baharu untuk industri fesyen di Malaysia.

Pengasas MBDA, Bon Zainal Harun berkata,  pihaknya mahu melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri fesyen tempatan.

“Dengan sokongan masyarakat, pereka-pereka fesyen ini juga dapat mengukuhkan jenama mereka seterusnya mampu bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa,” ujar Bon Zainal. 

Pereka-pereka fesyen tempatan yang mengambil bahagian terdiri daripada Rasta Rasid, Emri, Habsah Saufi, Ramond Zack, Masrina Abdullah, Amar Amran, Maswira Majid, Anas Abdullah, Pua Indah, Ash Majid, Huda Hassan, Azhar Zainal, Izwani, Kal Anesh, JK, AD, Bon Zainal dan ramai lagi.

MY Gaya Month berlangsung secara rasmi seiring dengan Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Ia bakal menyoroti kreativiti pereka-pereka fesyen ini, di samping memberi peluang kepada masyarakat untuk menghayati keindahan rekaan industri fesyen tempatan.

Dapatkan koleksi-koleksi menarik mereka secara dalam talian di platform e-dagang seperti Fashion Hub by MBDA, Shopee, Lazada, Aladdin1 dan Zalora. Layari laman sesawang MBDA untuk maklumat lanjut. - Getaran, 23 November 2021

Gambar: Sairien Nafis

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 2 bulan yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN