web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

Koleksi kali ini memperkenalkan dua gaya baharu iaitu Speedcross 3 Ribbon dan RX MJ, yang jelas membawakan gabungan sempurna dua dunia berbeza.

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2024 6:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama fesyen terkemuka dari New York, Sandy Liang, dan jenama kasut, Salomon, baru-baru ini mengumumkan kolaborasi buat kali kedua yang menampilkan rekaan kasut unik yang menggabungan ciri-ciri kasut teknikal dengan kenangan zaman kanak-kanak perempuan.

Koleksi kali ini memperkenalkan dua gaya baharu iaitu Speedcross 3 Ribbon dan RX MJ, yang jelas membawakan gabungan sempurna dua dunia berbeza.

Hubungan antara kedua-dua jenama ini bermula di New York Fashion Week pada September 2021, dan pada 2023, mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan koleksi pertama yang menampilkan rekaan semula ikon Salomon dengan sentuhan feminin Sandy Liang.

“Kolaborasi pertama kami tertumpu pada mengemas kini gaya Salomon dengan elemen nostalgia dan kewanitaan. Kali ini, saya teruja dengan peluang untuk mengembangkan idea bagi menghasilkan rekaan yang menonjolkan unsur-unsur rekaan Sandy Liang,” kongsi Sandy Liang.

Dikenali sebagai jenama yang menawarkan sentuhan halus yang mengekalkan ciri feminin si pemakai, butiran Sandy Liang jelas terlihat dalam koleksi terbaharu ini dengan perincian reben dan siluet kewanitaan, khas untuk bagi gadis yang masih ingin tampil bergaya ketika mengembara.

Pengurus Pemasaran Global, Sportstyle, yang memasarkan Salomon, Alex van Oostrum pula berkata, pihaknya teruja dapat menjalinkan kerjasama kedua dengan Sandy Liang.

“Visi kreatif Sandy telah membentuk koleksi ini, dan kami berbesar hati untuk memperkenalkan intipati teknikal Salomon yang kini disempurnakan dengan sentuhan lembut.”

Speedcross 3 Ribbon Sandy Liang, kasut larian yang ringan dan berkusyen dengan perlindungan dan kestabilan tambahan, menampilkan gaya yang dikemas kini daripada Speedcross 3 yang merupakan salah satu ikon Salomon.

Speedcross 3 Ribbon menggabungkan prestasi teknikal kasut larian dengan keanggunan siluet balet. Sentuhan halus yang dilengkapkan dengan reben satin merah jambu boleh diikat sampai ke betis.

Tersedia dalam warna hitam dan Cloud Pink dan berharga RM899.

Diinspirasikan oleh gaya kasut Mary-Jane, Sandy Liang memperkenalkan RX MJ, direka dengan sentuhan feminin untuk mengekalkan gaya kewanitaan sambil berjalan-jalan di sekitar bandar atau meneroka keindahan luar bandar.

Kasut ini adalah hibrid RX MOC 3.0 yang dilengkapkan dengan ciri keselesaan untuk meningkatkan kebolehpakaian dan kebolehnafasan. Lelaran terkini ini menampilkan kusyen ringan dengan kulit nubuck dan 3D open mesh untuk keselesaan yang tiada tandingan.

Tersedia dalam warna hitam dan Vanilla Ice, dan berharga RM899.

Koleksi ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dan boleh dipesan secara dalam talian di laman web rasmi Salomon Malaysia (my.salomon.com) dan secara eksklusif di Salomon The Exchange TRX.

Untuk maklumat lanjut mengenai Salomon, sila layari laman web rasmi (my.salomon.com) atau ikuti @SalomonMY di Instagram atau @SalomonMalaysia di Facebook. – Getaran, 14 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

10 Cara Selamatkan Kasut Kesayangan Di Musim Hujan Dan Banjir

2

TARA 1 tahun yang lalu

7 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Fesyen Ikon Vivienne Westwood 

3

Gaya 1 tahun yang lalu

CNCRD Wujudkan Platform Digital Urus Jual Beli Untuk Pencinta Kasut Sneaker

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Hasil Lukisan Tangan Sendiri, Hatta Dolmat Persembahkan Koleksi Lestari Di #KLFW2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 21 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN