web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semangat Harimau Malaya Untuk Tahun Baharu Cina!

Behati Malayan Tiger 2022 lengkap unsur kepelbagaian budaya dan warisan.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 9:16AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Tahun Baru Cina ini, pereka fesyen di sebalik busana-busana tradisi eksentrik, Kel Wen dari Behati melancarkan Behati Malayan Tiger 2022 sempena Tahun Harimau!

Selain memberi penghormatan kepada haiwan kebangsaan kita, Kel Wen turut menterjemahkan semangat Harimau Malaya ke dalam koleksi Tahun Baharu Cina itu.

Koleksi ini menampilkan campuran gaya jalanan dengan baju tradisional Cina serta budaya-budaya lain yang terdapat di Malaysia.

Misalnya, sut tang moden yang direka dalam fabrik brokat Cina, dipersembahkan lagi dengan jalur fabrik brokat India dan jahitan pesak Melayu.

Istimewanya, ia sehelai baju tradisional Cina yang lengkap dengan motif songket.

Bagi menyuntik sisi futuristik dan keremajaan pada koleksi ini pula, Behati menggabungkan gaya tradisional itu dengan siluet muda. Ia mengambil inspirasi gaya Instagram masa kini. 

Pakaian-pakain bersaiz besar (oversized) dan top senteng (crop top) dengan celana longgar (baggy) serta saku tentera (military pockets) mendominasi Behati Malayan Tiger 2022 ini.

Gaya-gaya utama termasuklah top senteng dalam fabrik brokat Cina dan celana berbutang Cina dalam kombinasi gaya sukan berwarna biru dan putih.

Menariknya, koleksi ini turut menampilkan busana pahlawan Cina, Li Bai Duanshan dengan jahitan kekek dan pesak yang dihasilkan dengan kemasan dua kolar.

Bahagian lengannya pula digulung bagi penampilan siluet berpotongan besar.

Pada tahun baharu ini, misi Behati masih lagi kekal sama yakni untuk memperluaskan pemakaian pakaian tradisional.

Helaian-helaian istimewa seperti cheongsam dengan korset atau baju Cuba dengan motif buluh dan Long Fong (Dragon Phoenix) direka khas bagi menarik minat golongan muda.

Behati juga bereksperimentasi dengan cetakan kontras untuk set qipao dengan menggunakan empat jenis fabrik brokat Cina menjadi satu busana tradisional yang indah.

Untuk mereka yang gemarkan gaya minimalis, Behati turut menawarkan barisan sut tang bersaiz besar dalam rekaan moden diperbuat daripada kapas perdana yang selesa dan sejuk.

Helaian gaya lain seperti samfu dengan garis leher tanpa kolar mandarin. Ia mendapat ilham daripada gaya jaket Magua dari Dinasti Qing.

Tanpa kolar mandarin, samfu tradisional ini kelihatan lebih santai dan kasual kerana Behati memberi fokus pada kancing simpul Cina yang dibuat dalam saiz besar sesuai estetikanya.

Layari Behati.my untuk maklumat lanjut. - Getaran, 1 Februari 2022

Semua gambar: Behati

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

2

Gaya 1 minggu yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

4

Gaya 3 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN