web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

Bukan setakat membeli-belah, ada juga boleh memanjakan diri, menjamu selera dan berhibur. 

Gaya Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 12:59PM

Produk penjagaan kulit Innisfree yang terkenal dengan bahan semula jadi dari Pulau Jeju sesuai dijadikan hadiah sempena Hari Ibu.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Esok merupakan hari yang cukup istimewa untuk mereka yang bergelar ibu, di mana sambutan Hari Ibu akan tiba. Inilah masanya untuk meraikan insan yang paling berharga dan banyak menabur bakti dalam kehidupan kita. 

Tanpa ibu, siapalah kita. Bagi yang masih belum punya idea untuk meraikan Hari Ibu pada esok hari, apa kata luangkan masa dengan membawa ibu anda ke Pavilion Bukit Jalil.

Anda dan ibu boleh membeli-belah, memanjakan diri, menjamu selera dan berhibur. Pendek kata, hari yang bakal dilalui pasti terisi dengan sempurna. 

Anda hanya perlu ‘susun jadual’, dan pilih perkara yang digemari oleh ibu. 

Sebagai seorang anak, atau suami yang ingin meraikan wanita tersayang pasti anda tahu kesukaannya bukan?

Berikut adalah aktiviti yang boleh anda lakukan bersama:

Dapatkan Produk Penjagaan Diri 

Wanita dan kecantikan mana mungkin boleh dipisahkan. Jarang sekali kita mendengar wanita yang tidak tertarik dengan hal-hal kecantikan. Jadi Hari Ibu ini bolehlah bawa mereka ke beberapa stor barangan penjagaan diri popular dan menjadi rebutan ramai. 

Rawat dia dengan produk penjagaan kulit daripada Innisfree, yang terkenal dengan bahan semula jadinya dari Pulau Jeju, atau ampul (ampoules) daripada Arora Skincare, untuk kulit sentiasa berseri. 

Jangan lupa singgah di satu-satunya cawangan Ainz & Tulpe di Malaysia untuk produk kecantikan Jepun. Salah satu daripadanya ialah set penjagaan wajah Ayura yang sesuai untuk wanita Asia. 

Lokasi : 

Innisfree, Aras 3 (Zon Merah Jambu)

Ainz & Tulpe, Aras 2 (Zon Jingga)

Arora Skincare, Aras 4 (Zon Merah Jambu)

Terapi Diri

Jika ibu anda seorang yang meminati aktiviti yang memberi ruang untuk terapi diri, cubalah bawa dia ke Jal Yoga dan cuba kelas yoga berpasangan, barre atau pilates

Jika yoga bukan pilihan, boleh lakukan urutan badan di Siam Oasis untuk melegakan ototnya, atau sesi salon di A-Saloon untuk dapatkan gaya rambut yang diidamkan. Ibu cantik, anak pun bangga!

Lokasi:

Jal Yoga, Aras 5 (Zon Merah Jambu)

Oasis Siam, Aras 1 (Zon Jingga)

A-Saloon, Aras 2 (Zon Jingga)

Luangkan Masa Berkualiti

Luangkan masa berkualiti dengan ibu anda dengan melakukan sesuatu di luar rutin harian. Boleh singgah ke Puzzle Planet untuk beli dan selesaikan bersama-sama ‘puzzle’ yang dipilih. 

Di sini bukan hanya menjual puzzle yang biasa-biasa tetapi ada banyak pilihan tak terduga. Jika mahukan sesuatu yang lebih bersinar dan mewah, singgahlah ke Diamond Dotz untuk cipta potret bertatahkan berlian untuk mencipta memori yang kekal di ingatan. Aktiviti menyelesaikan puzzle ini juga sesuai dilakukan dengan anak-anak kecil.

Lokasi :

Puzzle Planet, Aras 4 (Zon Merah Jambu)

Diamond Dotz, Aras 4 (Zon Merah Jambu)

Hadiahkan Sesuatu Yang Istimewa

Pemberian hadiah terbukti boleh menggembirakan sesiapa sahaja. 

Seni pemberian hadiah menyatakan keprihatinan, sentimen dan hubungan emosi yang terjalin di antara si pemberi dan si penerima, lebih-lebih lagi jika pemberian hadiah itu disertakan dengan ungkapan yang tulus dan ikhlas, pasti membuatkan ibu terasa amat disayangi dan dihargai. 

Andai pemberian hadiah adalah pilihan anda untuk meraikan Hari Ibu kali ini, apa kata singgah di AIMÉ untuk mencari sesuatu yang unik. 

AIMÉ menawarkan pelbagai pillihan pelembab bibir dan gincu bibir yang bebas daripada bahan-bahan berbahaya. 

Menggunakan bahan-bahan semulajadi, produk penjagaan bibir daripada jenama ini hadir dalam pembungkusan yang menarik. 

De'MAGIC Treatment Lipbalm adalah item yang mesti anda dapatkan kerana selain merawat bibir ia juga menjadikan bibir kelihatan mulus dan kemerahan bagaikan memakai gincu. 

Lokasi :

AIMÉ, Aras 2 (Zon Jingga) - Getaran, 11 Mei 2024 

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

EMAX Beauté Buka 4 Outlet Di Pavilion Bukit Jalil

2

TARA 1 tahun yang lalu

Temui Karakter Superhero Batman, Harry Potter Sempena Acara Ulang Tahun Warner Bros Ke-100 Tahun

3

TARA 1 tahun yang lalu

Lain Ibu, Lain Ragamnya, Ini Idea Untuk Meraikan Hari Ibu Kali Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

Diamond Dotz, Jenama Tersohor Australia Buka Kedai Konsep Pertama Di Dunia Di Pavilion Bukit Jalil

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN