web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Mum2Mum, Siri Minum Petang Dwi Bulanan Dari Farm Fresh

Siri minum petang Mum2Mum ini memberi peluang kepada golongan ibu untuk berkenalan dan bertukar-tukar pandangan tentang penjagaan anak-anak

Gaya Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 4:53PM

Penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta jenama turut hadir memeriahkan suasana.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas beberapa edisi mendapat sambutan yang memberangsangkan, jenama susu popular Farm Fresh mengambil keputusan untuk meneruskan siri minum petang atau Hi-Tea Mum2Mum sebagai satu platform berterusan buat para ibu untuk menikmati keindahan pengalaman sebagai ibu.

Sebagai permulaan kepada siri yang dinanti-nantikan ini, Farm Fresh telah mengatur acara minum petang ini sempena merayakan Hari Ibu baru-baru ini. Sesi yang dirancang dengan teliti ini telah memberi peluang kepada ibu-ibu yang mengambil bahagian untuk berkenalan, beramah-mesra dan berkongsi pengalaman mereka dari 'ibu kepada ibu' atau ‘Mum2Mum’.

Lebih istimewa, penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta jenama turut hadir memeriahkan suasana. Seperti semua ibu, Siti juga gembira apabila diberi peluang untuk berinteraksi dengan ibu-ibu lain dan berbual tentang kegiatan harian serta cabaran mereka.

“Ini merupakan satu penghargaan untuk dapat bersama-sama berkumpul dengan ibu-ibu, berkongsi pandangan dalam usaha untuk sentiasa memberi yang terbaik untuk keluarga masing-masing.

“Peluang untuk memberi inspirasi dan menaikkan semangat sesama ibu adalah satu penghormatan untuk saya, dan saya turut senang hati dapat menyokong usaha ini.

“Sebagai seorang ibu, saya menghargai peluang untuk berkongsi masa bersama rakan-rakan sekalian, dan saya yakin, program ini sedikit sebanyak akan membantu kita semua,” kongsi Siti mengenai acara itu.

Bagi pihak Farm Fresh, keputusan untuk mengatur siri ini ini adalah bersempena dengan pelancaran susu tepung rumusan kanak-kanak Farm Fresh Grow yang memasuki pasaran baru-baru ini.

“Susu formula kami memainkan peranan penting dalam perjalanan tumbesaran kanak-kanak. Farm Fresh sangat mementingkan peranan ibu dalam membawa nilai yang sangat besar dalam hal kesihatan anak dan keluarga mereka.

“Tiada cara yang lebih baik selain menyatukan para ibu bersama-sama dalam suasana yang intim untuk terus melibatkan diri, mendidik, memberi sokongan dan meraikan perjalanan sebagai seorang ibu,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Farm Fresh, Loi Tuan Ee. 

Pada sesi yang diadakan di The Acre By Farm Fresh itu, perbincangan panel turut diadakan dengan menampilkan ahli panel terkenal termasuk pakar Probiotik BB-12(R) di dalam bidang Biosolutions Kesihatan Manusia di Novonesis, Cheah Tien Keat, pakar pemakanan holistik yang dihormati, Natalie Loo, dan duta jenama Farm Fresh, Siti Nurhaliza. 

Perbincangan ini bertujuan untuk mendalami topik-topik mengenai pemakanan kanak-kanak, tumbesaran dan pengalaman seorang ibu.

“Sebagai jenama tenusu semula jadi no.1 di Malaysia, usaha untuk menyediakan pemakanan berkualiti demi semua rakyat Malaysia, BB-12(R)  adalah pilihan yang jelas untuk Farm Fresh. BB-12® ialah Bifidobacterium yang paling didokumentasikan di dunia dan disokong oleh lebih 200 kajian klinikal serta 500 penerbitan yang telah meningkatkan kesihatan usus secara semula jadi untuk semua peringkat umur di seluruh dunia sejak 1986,” kongsi Cheah Tien Keat.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk sesi seterusnya, anda boleh layari atau DM pasukan Farm Fresh di laman sosial mereka: FB atau IG.

Jemputan ini ada secara percuma dan ia atas ‘siapa cepat dia dapat’ memandangkan tiada sebarang caj dikenakan untuk penyertaan. - Getaran, 21 Mei 2024

Foto : Farm Fresh

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Asyraf Khalid Mahu Jadi Murid Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Saya Tak Mahu Jadi Budak-Budak” Siti Perjelas Kekecohan di Twitter

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia