Dapat menyaksikan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung setelah menunggu hampir setahun ia tergendala dek wabak COVID-19, amatlah meriangkan.
Dan, apa yang menambah kegembiraan kala acara sukan ini berlangsung adalah melihat sebilangan atlet menjadi sensasi media sosial dalam satu malam.
Atlet-atlet ini mendapat pengiktirafan bukan sahaja kerana kepakaran mereka dalam bidang sukan, malah penampilan menawan mereka turut menjadi siulan dan bualan seantero dunia digital.
Meskipun penganjuran edisi kali ini bebas penonton, ia tidak menghalang orang ramai untuk melihat dan mengikuti perkembangan mereka di media sosial.
Berikut kami senaraikan 10 atlet paling menawan di temasya #Olimpik2020 yang menjadi sensasi internet dan boleh anda ikuti di Instagram:
#1 Farah Ann
Pertama, tentulah atlet kebanggaan kita, Farah Ann Abdul Hadi. Berusia 27 tahun, dia merupakan atlet gimrama kebangsaan ketiga negara yang berjaya mara ke peringkat Olimpik. Ini merupakan penampilan pertama Farah di arena sukan terbesar dunia ini.
Nama: Farah Ann Abdul Hadi
Sukan: Gimnastik Artistik
Negara: Malaysia
Instagram: @farahann94
#2 Welson Sim
Berasal dari Kuching, Sarawak, atlet renang kebangsaan berusia 24 tahun ini turut menjadi sensasi di China. Pada usia 19 tahun, Welson sudahpun berjaya bertanding di Olimpik Rio 2016. Sama seperti Farah, Welson turut dilamar pelbagai jenama dan media untuk sesi fotografi.
Nama: Welson Sim Wee Sheng
Sukan: Renang
Negara: Malaysia
Instagram: @welsonsim
#3 Alica Schmidt
Dianggap sebagai atlet wanita paling seksi di dunia, Alica memiliki 2.1 juta pengikut di Instagram. Penampilannya di Olimpik Tokyo ini membuatkan nama Alica semakin tular di semua media sosial. Pelari wanita jelita ini mewakili Jerman dan baru sahaja berusia 23 tahun.
Nama: Alicia Schimdt
Sukan: Balapan (Lari)
Negara: Jerman
Instagram: @alicasmd
#4 Arthur Nory
Arthur Nory Oyakawa Mariano telah mendapat perhatian sejak penampilan pertamanya di Olimpik Rio 2016. Gimrama asal Brazil ini berdarah kacukan Brazil-Jepun dan terus-terusan memukau penonton seluruh dunia dengan penampilannya yang menawan dan tampan.
Nama: Arthur Nory Oyakawa Mariano
Sukan: Gimnastik
Negara: Brazil
Instagram: @arthurnory
#5 Chantel Malone
Walaupun Chantel dilahirkan di Puerto Rico, dia mewakili panji British Virgin Islands untuk sukan lompat jauh. Aktif sejak 2005, atlet berusia 30 tahun ini banyak memenangi pingat termasuk pingat emas di Pan American Games 2019 di Lima, Peru.
Nama: Chantel Ellen Malone
Sukan: Balapan (Lompat Jauh)
Negara: British Virgin Islands
Instagram: @chantz02
#6 Pita Taufatofua
Seorang lagi atlet yang bersinar sejak Olimpik Rio 2016 dan sekali lagi memukau warganet dengan penampilan busana tradisional tanpa baju semasa membawa bendera di upacara perarakan negara di majlis pembukaan #Olimpik2021.
Nama: Pita Nikolas Taufatofua
Sukan: Bela Diri (Taekwondo)
Negara: Tonga
Instagram: @pita_tofua
#7 Valentina Giraldo
Tidak banyak informasi tentang atlet berusia 21 tahun ini melainkan jumlah pengikutnya di Instagram sudah mencecah 1.7 juta pengikut. Ramai warganet menyamakan Valentina dengan watak fiksyen Katniss Everdeen (The Hunger Games) kerana rupa dan kemahirannya memanah.
Nama: Valentina Acosta Giraldo
Sukan: Balapan (Memanah)
Negara: Columbia
Instagram: @vofvadi
#8 Kim Ji Wook
Kim Ji Wook bergandingan dengan Kim Su Ji sebagai atlet terjun papan anjal 3m berirama dari Korea Selatan. Kim Ji Wook mendapat perhatian kerana penampilannya yang persis pelakon Korea atau penyanyi kumpulan K-Pop!
Nama: Kim Ji Wook
Sukan: Renang (Papan Anjal)
Negara: Korea Selatan
Instagram: @kimjiwook_01
#9 Polina Knoroz
Atlet lompat galah ini mencuri hati ramai lelaki di seluruh dunia sebaik sahaja melangkah kaki ke stadium. Berasal dari Rusia, Polina yang berusia 22 tahun sudah memenangi banyak pingat di sepanjang karier sukannya.
Nama: Polina Knoroz
Sukan: Balapan (Lompat Galah)
Negara: Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC)
Instagram: @pknoroz__
#10 Tom Daley
Pernah melakar sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke Olimpik Beijing 2008 pada usia 8 tahun. Tom Daley akhirnya menggenggam pingat emas pada penampilan keempatnya ini di Olimpik Tokyo 2021 dalam acara papan anjal 10m lelaki.
Nama: Thomas Robert Daley
Sukan: Renang (Papan Anjal)
Negara: Great Britain
Instagram: @tomdaley
Tom Daley juga tular baru-bari ini kerana dilihat khusyuk mengait di kerusi penonton semasa acara terjun sedang berlangsung! – Getaran, 3 Ogos 2021
Semua gambar: Instagram atlet berkenaan