web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Lokasi Indah Sebagai Latar Filem Layar Lebar

Lima lokasi mempesona berjaya menarik perhatian produksi filem dalam dan luar negara!

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 9:14AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita bertuah dilahirkan di sebuah negara yang mempunyai lokasi-lokasi indah dan mempesona sehingga sebahagiannya dijadikan sebagai latar penggambaran filem, baik penggambaran filem tempatan, mahupun antarabangsa. 

Apa kata anda lengkapi September ini dengan menonton filem-filem yang menjadikan lima lokasi berikut sebagai latar layar lebar mereka. Filem-filem yang tersenarai ini sesuai ditonton bersendirian atau bersama yang tersayang. Sediakan bertih jagung, jom ‘melancong’ di rumah! 

#1 Sri Kembangan 

 Jangan terkejut jika penggambaran filem Bollywood juga turut mengambil tempat di negara kita. Hum Kisise Kum Nahin dibintangi Aishwarya Rai, Amitabh Bachchan, Sanjay Dutt, Ajay Devgan dan ramai lagi. Lokasi penggambaran dijalankan di Palace of the Golden Horses. 

Filem ini turut melakukan penggambaran di Tasik Mines Resort dan Sunway Lagoon. Semasa menonton, anda boleh menari mengikut runut bunyi filem sambil membayangkan diri ada sedang berada di Sunway Lagoon! Cubalah!

#2 Sekinchan 

Filem arahan Yasmin Ahmad, Mukhsin adalah filem ketiga dalam trilogi kisah Orked, selepas ‘Sepet’ dan ‘Gubra’. Filem ini mengisahkan tentang Orked (lakonan Sharifah Aryana), gadis sunti yang jatuh cinta dengan seorang budak kampung bernama Mukhsin (lakonan Syafie Naswip). 

Penggambaran dilakukan di Pekan Sekinchan, lokasi yang sempurna untuk menggambarkan kawasan luar bandar dengan suasana sawah padi yang menenangkan. Filem ini berjaya memenangi anugerah di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57. 

#3 Pulau Indah 

Puteri Gunung Ledang adalah sebuah filem epik sejarah Malaysia arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh M. Nasir sebagai Hang Tuah dan Tiara Jacquelina sebagai Puteri Gunung Ledang.

Tidak perlu diperkenalkan lagi, filem ini mengambil adaptasi dari Legenda Puteri Gunung Ledang dan menelan belanja sebanyak US$4 juta selaku filem termahal dalam sejarah perfileman negara. 

Selain Gunung Ledang itu sendiri, salah satu lokasi penggambaran Puteri Gunung Ledang adalah di Pulau Indah untuk babak lokasi perkampungan di abad ke-15 yang dibina khas di pulau ini.

Pulau Indah pada asalnya merupakan kawasan paya bakau, tetapi oleh kerana lokasinya yang strategik, hari ini Pulau Indah merupakan salah satu pelabuhan tersibuk di Malaysia. 

#4 Pulau Ketam 

Paint My Love adalah sebuah filem bahasa Mandarin tempatan yang mengisahkan kisah persahabatan dalam membuat pilihan sama ada mengejar impian mereka atau kekal hidup dalam realiti.

Penggambaran dilakukan di perkampungan nelayan di Sungai Lima, Pulau Ketam, Selangor. Sejarahnya, pulau ini didiami sekumpulan nelayan yang berasal dari Hainan sekitar tahun 1870. 

Tidak ramai yang tahu bagaimana pemandangan dan kehidupan penduduk Pulau Ketam. Melalui filem ini anda akan melihat sendiri bagaimana kehidupan seharian mereka. 

Anda boleh menikmati pemandangan laut dan perkampungan nelayan Cina, rumah-rumah kayu yang dibina atas tanah lumpur laut dan budaya masyarakat setempat. 

#5 Pulau Carey 

The Garden of Evening Mists mengisahkan tentang seorang wanita Cina tempatan yang terselamat dari kem tahanan Jepun pada era 1940-an semasa Tanah Melayu dijajah oleh Jepun. 

Teh Yun Ling (Angelica Lee Sin-je) jatuh cinta dengan seorang ahli botani Jepun, Nakamura Aritomo (Hiroshi Abe) bagi mempelajari teknik berkebun untuk membina taman peringatan untuk adiknya yang terkorban semasa di kem tahanan tersebut.

Mungkinkah kisah percintaan terlarang ini berputik kembang atau hancur binasa kerana permusuhan Jepun dengan kaum Cina semasa itu? Penggambaran filem adaptasi novel ini telah dijalankan di Hatter’s Castle, Pulau Carey, Selangor. – Getaran, 2 September 2021

Semua gambar: Tourism Selangor

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN