web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Lokasi Unik Jika Anda Ke Filipina Nanti

Cubalah lima aktiviti menarik ini di Filipina apabila sudah boleh ke luar negara nanti.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 8:32AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat masa ini, negara kita masih lagi berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sempadan ke luar negara untuk aktiviti pelancongan masih lagi belum dibenarkan oleh pihak kerajaan. Segala aktiviti pelancongan sekarang hanya dibenarkan di dalam negara sahaja. 

Namun, tidak bermakna anda tidak boleh merancang terlebih dahulu percutian idaman itu setelah hampir dua tahun kita ‘terkurung’ dek pandemik ini, bukan? Apa kata anda merancang ke negara jiran, Filipina? 

Dengan lebih 7,000 pulau, Filipina menawarkan percutian semula jadi atau bandar yang menarik kepada pengunjung. Sama ada beristirahat di tepi pantai, mahupun menikmati kehidupan bandar yang meriah, pelbagai pengalaman unik tersedia untuk semua.

Berikut kami senaraikan lima aktiviti unik yang boleh anda cuba di lima lokasi di Filipina apabila sudah boleh ke luar negara nanti:

#1 Berbasikal di sekitar Intramuros

Intramuros adalah sebuah kota peninggalan Sepanyol yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama dan unik di kawasan yang dikenali sebagai Manila Lama. 

Bandar tembok bersejarah ini boleh dilawati dengan cara cukup unik iaitu dengan menaiki basikal yang diperbuat daripada buluh. 

Rasai angin-angin sempoi bahasa sambil berbasikal, menikmati pemandangan Manila Lama yang terbentang luas di Intramuros.

#2 Uji Keseimbangan di Cebu

 Jangkang Buluh Cebu merupakan permainan kanak-kanak tempatan yang telah diiktiraf sebagai salah satu sukan tradisional Filipina. 

Uji keseimbangan dan kepantasan anda mencuba jangkang buluh turun temurun ini sambil menikmati pemandangan laut Cebu yang permai. 

Anda juga boleh menyertai penduduk tempatan dalam perlumbaan sejauh 100 meter!

#3 Cuba mandian kawah di Antique

Di wilayah Antique, penduduk desanya mempunyai satu tradisi unik iaitu mandi di dalam sebuah kawah yang panas. 

Caranya, kawah dipanaskan dengan kayu api yang marak. Airnya pula dipenuhi dengan herba dan bunga aromatik yang menenangkan. 

Anda boleh mencuba pengalaman mandian panas unik ini di pusat-pusat peranginan yang terdapat di sekitar wilayah Antique. 

#4 Lawat Helang Filipina di Davao

Diangkat sebagai Burung Kebangsaan Filipina, Helang Filipina merupakan spesis helang terbesar di dunia. 

Burung yang semakin terancam ini dilindungi sepenuhnya di habitat semula jadinya di Hutan Gunung Hamiguitan, Davao. 

Anda juga boleh melawat Pusat Helang Filipina di Bandar Davao untuk melihat burung megah ini secara dekat.

#5 Pelajari seni tenun orang asli di Cordillera

Lawatan ini membawa anda melihat proses penghasilan seni tenun oleh suku kaum asli yang tinggal di kawasan tanah tinggi wilayah Cordillera. 

Mereka menggunakan kapas bersulam tenunan gentian asli, kemudian disilangkan menjadi rekaan tradisional mereka. Seni tenun ini diwarisi secara turun-temurun.

Lawatan ini termasuk melawat perkampungan tradisional serta muzium. Anda berpeluang untuk membeli cendera hati dan hasil tenunan itu tadi di sini. – Getaran, 23 September 2021

Semua gambar: Philippines Travel

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN