web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Dekorasi Raya, Membuat Anda Seperti Beraya Di Desa

Menjengah tujuh gedung beli-belah di Selangor yang berjaya menggamit suasana Hari Raya.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedia terpesona melihat dekorasi raya yang meriah dan unik! Meskipun kita semua sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, gedung-gedung beli-belah di negeri Selangor tidak melepaskan peluang ini untuk memeriahkan suasana Hari Raya Aidifitri.

Pelbagai tema yang diketengahkan, tentunya bagi menggamit suasana lebaran. Norma baharu, sambut Raya di pasar raya! Untuk mereka yang berada di daerah sekitar, jangan lupa kunjungi tujuh gedung beli-belah dengan dekorasi raya yang indah dan meriah yang kami senaraikan ini. 

Usah resah dan jangan melanggar PKP, buat mereka yang tidak boleh merentas daerah/negeri pula, ayuh cuci mata secara maya melihat tujuh dekorasi raya di pasar raya sekitar Selangor yang meriah dan membuatkan anda seperti beraya di kampung halaman, seperti di bawah:

1 – 1 Utama Shopping Centre

Berkonsepkan ‘Rumah Melaka’, kunjungi replika rumah tradisional Melayu setinggi 25 kaki di I Utama Shopping Centre. Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, rasai pengalaman seperti berada di kampung dengan melawati 12 seni bina Tangga Melaka yang berwarna-warni, serta hiasan raya yang menarik di seluruh gedung beli-belah terkenal ini. 

2 – Paradigm Mall

Membawa elemen semula jadi dan tema sawah padi. Rasai suasana kampung di tengah-tengah gedung beli-belah. Sambil berlibur, sambil beramal. Kongsikan kasih sayang anda dengan menyumbangkan baju raya terpakai (pastikan masih elok) untuk golongan yang memerlukan.

Pakaian-pakaian ini akan digubah semula oleh Komuniti Tukang Jahit MAKNA. Derma dan sumbangan wang ikhlas juga dialu-alukan. Singgah ke kaunter pertanyaan di aras G untuk maklumat lanjut tentang cara sumbangan. 

3 – Sunway Pyramid

Nikmati suasana ceria dengan pelbagai aktiviti, hadiah eksklusif dan promosi menarik di Sunway Pyramid. Berbelanjalah di Hentian R&R Raya Sunway Pyramid di aras LG2 sehingga 30 Mei ini untuk menikmati tawaran perayaan di lebih 120 kedai halal yang tersedia di sini. Paling istimewa, anda juga berpeluang merebut hadiah utama berupa Proton X70!

4 – Setia City Mall

Kunjungi ‘Kampung Batik’ di Centre Court. Dari daun pisang hingga burung yang ramah berkicauan, semuanya dibaluti kain batik yang menawan. Turut menangkap perhatian, dinding dan atap rumah kampung tradisional yang dihiasi dengan aneka kain batik yang memukau!

5 – Da Men Mall, USJ

Salam muhibah dari Da Men Mall. Mari bersama-sama menikmati dekorasi raya yang sarat dengan anyaman tradisional. Merasai seleksi makanan yang lazat serta melibatkan diri dalam aktiviti menarik di Muhibah Mesra Raya, Da Men Mall. Hargai keunikan kepelbagaian budaya di Malaysia di pasar raya ini. 

6 – IOI City Mall

Dengan tema ‘Aidilfitri Sepanjang Zaman’, IOI City Mall menawarkan suasana kembali ke kampung bagi mengubati kerinduan anda pada yang tersayang di kampung halaman. Meski jauh di mata, namun dekat di hati.

7 – IOI MALL Puchong

Raya lebih nostalgia. Hiasan rumah tradisional yang diterangi cahaya lampu dan ayam berwarna-warni di sekitar pekarangan North Court, IOI Mall Puchong. Mari kita mengenang kembali kegembiraan yang kita rasai semasa perjalanan pulang ke kampung. 

Walaupun tahun ini kita tidak dapat beraya seperti biasa, jangan ketinggalan untuk merakam saat-saat gembira norma baharu perayaan, berayalah di IOI Mall Puchong! Selamat Hari Raya! – Getaran, 13 Mei 2021

Semua gambar: Tourism Selangor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN