web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

Sepanjang tempoh jualan ini, pengguna Traveloka boleh mengakses promosi-promosi hebat yang merangkumi Epic Deal, Epic Hour Deal dan Super Epic Deal.

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2024 12:43PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengembara mengelilingi dunia adalah impian ramai orang, namun isu kewangan sering kali menjadi halangan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Namun, segalanya boleh direalisasikan dengan merebut promosi keemasan yang ditawarkan menerusi Jualan Epik Traveloka yang kini sedang berlangsung sehingga 11 Ogos hadapan.

Untuk emaksimumkan diskaun untuk pelbagai tiket penerbangan, penginapan, pengalaman dan produk pelancongan lain, anda perlu ikuti tip yang disediakan oleh Traveloka.

Langkah pertama, pastikan anda telah memuat turun aplikasi Traveloka versi terkini untuk menikmati promosi menakjubkan sepanjang jualan epik!

Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Traveloka, Iko Putera berkata, pihaknya memahami bahawa setiap individu mempunyai percutian impian yang unik dan istimewa, dan kerana itulah Traveloka mengadakan Jualan Epik Traveloka bagi memberi inspirasi dan memudahkan pengguna untuk merealisasikan percutian impian.

“Menerusi rangkaian luas tawaran produk pelancongan yang komprehensif, Traveloka boleh menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk pengguna di setiap langkah perjalanan mereka kerana kami percaya bahawa setiap percutian adalah peluang berharga untuk mencipta kenangan manis yang tidak boleh dilupakan,” ujar beliau.

Sepanjang tempoh jualan ini, pengguna Traveloka boleh mengakses promosi-promosi hebat yang merangkumi Epic Deal, Epic Hour Deal dan Super Epic Deal bagi pengalaman percutian di seluruh dunia yang lebih menyeluruh dan mesra poket.

Untuk memaksimumkan tawaran-tawaran ini, lihat tip dan maklumat yang dikongsikan oleh Traveloka di bawah:

1. Ambil tahu mengenai tawaran terbaik daripada Jualan Epik Traveloka Rebut diskaun hebat menerusi tawaran yang tersedia. Perhatikan tiga tawaran berikut:

* Super EPIC Deal

Sebagai tambahan kepada Epic Deal & Epic Hour Deal, Traveloka mempersembahkan Super Epic Deal dengan lebih tawaran hebat bagi produk terpilih.

Menerusi Super Epic Deal, tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun dengan All Nippon Airways (ANA) adalah lebih berpatutan, bermula daripada RM2428.

Anda juga boleh menikmati penginapan santai di hotel lima-bintang Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur dari RM170 dan Carlton Hotel di Singapura dari RM787.

Cipta memori manis dengan yang tersayang dengan melawat Universal Studio Japan, Disneyland Hong Kong dan tempat tarikan terkenal lain dengan promosi istimewa beli 1, percuma 1 dan banyak lagi!

* Epic Deal

Epic Deal menawarkan diskaun sepanjang sehari sehingga 50% untuk tiket penerbangan, penginapan hotel, pengalaman dan produk-produk pelancongan lain.

* EPIC Hour Deal

Epic Hour Deal menjanjikan diskaun tambahan dan tawaran eksklusif setiap hari bagi tempahan hotel bermula 7.00 PM hingga 10.00 PM.

2. Catat masa terbaik untuk merancang percutian mesra bajet

Masa merupakan segalanya apabila anda menempah produk pelancongan! Untuk tawaran yang terbaik, tempah percutian anda lebih awal dari masa perjalanan. Ini bukan sahaja membantu anda menjimatkan wang, tetapi juga memberi anda masa yang lebih panjang untuk merancang percutian.

Epic Hour Deal merupakan peluang keemasan untuk diskaun yang hebat! Pastikan anda mengaktifkan notifikasi di aplikasi Traveloka dan guna fungsi Wishlist untuk menandakan produk impian anda supaya anda tidak terlepas.

3. Pilih cara pembayaran sesuai dan maksimumkan promosi rakan kongsi bank dengan mata Traveloka untuk penjimatan tambahan

Ambil tahu mengenai pelbagai promosi menarik dan tanda masa yang terbaik untuk melakukan tempahan dan pilih cara pembayaran yang sesuai.

Untuk memastikan percutian anda lebih berpatutan, gabung promosi-promosi ini dengan tawaran eksklusif daripada rakan kongsi bank Traveloka, sebagai contoh diskaun 15% dengan kad kredit bank CIMB. Anda juga boleh menebus mata Traveloka untuk lebih penjimatan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat dari Traveloka sepanjang jualan epik ini dan bersedialah untuk pengembaraan menyeronokkan! – Getaran, 1 Ogos 2024

Foto : Traveloka

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

2

TARA 1 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dilantik Sebagai Duta ‘Salam Taiwan 2023’, Ayda Jebat Rancang Bawa Puteri Sulungnya Ke Sana Selepas Ini

4

TARA 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Mula Mengintai Jepun Untuk Percutian Musim Sejuk

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN