web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dilantik Sebagai Duta ‘Salam Taiwan 2023’, Ayda Jebat Rancang Bawa Puteri Sulungnya Ke Sana Selepas Ini

Ayda berharap dapat berkunjung sekali lagi ke Taiwan bersama puteri sulung dan keluarganya kesayangan dalam waktu terdekat.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 3:02PM

Ayda Jebat bersama suaminya, Nabil Mahir - Gambar Instagram Ayda Jebat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai sedia dimaklum bahawa pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir telah pun bercuti di Taiwan pada penghujung tahun lalu. Mereka turut memuat naik percutian mereka di media sosial. 

Dalam salah satu  hantaran tersebut, Ayda dan Nabil tidak dapat menahan air mata dan menangis ketika dalam perjalanan  ke lapangan terbang untuk bercuti di Taiwan selama 12 hari.

Namun setelah selesai menjalani sesi penggambaran untuk mempromosi negara tersebut, kini Ayda memaklumkan dia akan turut membawa cahaya mata sulungnya, Ana Nayla dan keluarganya ke sana, pada waktu akan datang.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, yang menerima tawaran menjadi duta ‘Salam Taiwan’ tahun ini, Taiwan adalah negara yang mesra Muslim dan pelbagai lokasi menarik yang wajib dikunjungi.

“Ketika saya dapat tawaran menjadi duta ‘Salam Taiwan’, itulah kali pertama saya ke Taiwan bersama suami saya, tetapi Insya-Allah, kali kedua nanti kita akan pergi bersama keluarga dan anak saya.

“Begitu banyak destinasi – destinasi yang menarik dan cantik seperti dalam poster saya jejaki ketika berada di sana, dan ada banyak  lokasi-lokasi baharu yang saya mahu kunjungi selain  yang saya telah jejak sebelum ini untuk membawa baby.

“Kepada yang ingin membawa keluarga untuk bercuti ke negara luar, saya cadangkan Taiwan, sebab negara  sesuai ke untuk membawa keluarga. Ya, sangat sesuai kerana banyak tempat yang menarik seperti pusat beli belah, taman tema, serta tempat nature mereka amatlah cantik.

“Sebelum ini, saya pergi semasa musim sejuk, jadi pada kali ini saya ingin pergi ke sana pada musim yang lain pula,” katanya kepada Getaran.

Penyanyi lagu ‘Pencuri Hati’ itu berkata, pengunjung boleh menikmati pemandangan yang seperti ‘post card’ sewaktu di sana. 

Selain itu,  Ayda turut berkongsi dia akan membuat persediaan awal dari segi kelengkapan puteri kesayangan mereka dan melakukan perancangan yang rapi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila melancong mahupun ke mana-mana sahaja.

“Sejujurnya, apabila kita buat persediaan bagi anak-anak kita yang masih kecil untuk pergi mana-manapun  bukan sahaja pergi melancong tetapi jika keluar seketika kita akan membawa banyak barang keperluan untuk mereka.

“Bagi Ayda pula, kalau nak bawa Ana Nayla keluar, banyak barang anak yang saya bawa. Penuhlah berbeg-beg. Malah, sewaktu kami melancong dalam Malaysia pun banyak juga barang yang perlu dibawa.

“Justeru itu, saya dan Nabil, kalau nak pergi jauh kita perlu rancang betul-betul. Alhamdulillah, apabila bayi saya sudah besar ini, kurang sedikitlah barang yang kami bawa,” kongsinya.

Sementara itu, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan projek promosi baharu, ‘Salam Taiwan 2023’ dan melantik Ayda Jebat sebagai duta selama setahun setengah. – Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Tempah Percutian Mesra Poket, Hanya RM2,428 Ke Jepun!

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara