web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Wujudkan Hab Panggilan Gagal, 4 Penjenayah Warga Taiwan Ditahan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 4:27PM

Ramli Mohamed Yoosuf (kiri) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menggagalkan cubaan sindiket antarabangsa untuk mewujudkan hab pusat panggilan di Malaysia bagi menjalankan kegiatan penipuan dengan menahan empat penjenayah warga Taiwan dalam operasi khas, di dua premis di sekitar ibu negara, pada 30 Januari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek yang berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa negara itu kerana terlibat dengan jenayah penipuan dan jenayah terancang, ditahan selepas dua hari tiba di negara ini, hasil kerjasama pihak berkuasa Taiwan.

"Dalam operasi khas itu, polis turut menahan empat warga tempatan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia 31 hingga 44 tahun serta merampas pelbagai barangan antaranya 12 telefon bimbit pelbagai jenama, satu set dokumen, tiga pasport, dua kad akses.

"Polis turut menyita dua kereta daripada sindiket itu. Keempat-empat suspek kemudian telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia pada 13 Feb lepas untuk tindakan selanjunya," katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini hari ini.

Dalam kes berasingan, seorang akauntan kerugian RM5.04 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan mata wang kripto yang kononnya berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Ramli berkata, mangsa yang berusia 55 tahun mula tertarik melakukan pelaburan itu selepas bertemu dengan seorang lelaki pada Ogos tahun lepas yang menawarkan satu pelaburan di AS dengan menjanjikan pulangan lumayan.

"Mangsa telah membuat pemindahan sebanyak 143 kali ke beberapa "dompet mata wang kripto" dengan jumlah keseluruhan RM5.04 juta. Mangsa berasa ditipu apabila tidak lagi dapat berhubung dengan individu yang menguruskan pelaburannya itu," katanya.

Ramli berkata mangsa tampil membuat laporan polis pada 7 Februari lepas dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki