web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Dec 2023 8:36PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menerima cenderahati selepas sesi jelajah mesra sempena sambutan Hari Batik Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, hari ini. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Januari hingga 15 November lalu, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berharap, jumlah pelancong dapat ditambah berikutan pelaksanaan pengecualian visa untuk rakyat China dan India selama 30 hari bermula 1 Disember lalu.

"Jadi, kami berharap kita boleh mempertingkatkan (jumlah pelancong), terutama sekali seperti yang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan, visa berkecuali untuk negara China dan India," katanya kepada media selepas sesi jelajah mesra sambutan Hari Batik Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengikut statistik itu, pelancong Singapura adalah tertinggi iaitu sebanyak 12,645,364 orang diikuti Indonesia (3,166,295), Thailand (2,073,162), China (1,407,471), Brunei (904,841) dan India (780,532), manakala bakinya adalah lain-lain negara.

Sementara itu, dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China sempena ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara ke-50 pada tahun hadapan, satu siri koleksi khas batik akan diperkenalkan oleh MOTAC dan Kraftangan Malaysia.

"Kita kemungkinan buat satu reka bentuk siri koleksi khas untuk dua negara dan juga macam mana kita boleh jalankan satu tahun promosi di negara China, macam contoh mereka pun boleh promosi pakaian mereka seperti cheongsam atau material lain kepada kita," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ainu Sham Ramli berharap, Jualan Rahmah Batik yang telah dilancarkan sempena sambutan Hari Batik Malaysia hari ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli batik pada harga kurang daripada RM100 .

"Kami mengadakan tawaran istimewa ini, hasil kerjasama dengan pengusaha-pengusaha batik agar pembeli dapat memperoleh batik pada harga mampu milik," katanya. 

Beliau berkata, sambutan kali ini yang berlangsung selama lima hari bermula 30 November hingga 4 Disember ini, turut menyasarkan hasil jualan sebanyak RM1 juta.

Sambutan Hari Batik Malaysia yang diadakan pada tahun ketiga ini juga merekodkan peningkatan jumlah penyertaan usahawan batik sebanyak 820 pengusaha berbanding 797 pada tahun lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember - PM

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Terengganu Sasar 300,000 Pelancong Bercuti Di Tasik Kenyir Tahun Ini

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Dipercayai Pelancong India Ditemukan Dalam Sungai - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang