web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember - PM

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 8:29PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini dalam semangat ‘strategic partnership’ hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia adalah tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari Negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, pengecualian visa itu tertakluk kepada tapisan keselamatan

“Tapisan awal akan dibuat bagi semua pelancong, pelawat ke negara Malaysia. Soal keselamatan itu berasingan, kalau ada rekod jenayah ataupun risiko keganasan maka mereka tidak akan dibenarkan (masuk).

“Ini wewenang pasukan keselamatan dan imigresen,”  katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 yang dihadiri 1,391 perwakilan dan 1,269 pemerhati di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Beliau berkata, kemudahan tambahan lain berkaitan visa itu dijangka diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail esok.

Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada China yang melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia mulai 1 Disember ini hingga 30 November 2024.

Sementara itu, Anwar yang juga Presiden PKR meminta semua pihak termasuk pembangkang, supaya tidak memperlekehkan hubungan antarabangsa kerana ia signifikan dalam meningkatkan hubungan strategik dan faedah langsung kepada negara dan rakyat.

Beliau menjelaskan perjalanan (beliau) ke negara luar bukan membazir, malah 90 peratus lawatan disifatkan ‘mesti ditunaikan’ oleh kerajaan seperti Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Mesyuarat ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Setiap perhimpunan ini (ketika lawatan kerja dan lawatan rasmi ke luar negara), kita gerakkan banyak usaha, yang dimulakan Kementerian Luar serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menghubungi syarikat-syarikat dan membawa pulang pelaburan,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, hubungan Malaysia dengan Singapura ditingkatkan dengan membenamkan sentimen serta prasangka lama, dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan sangat positif ketika pertemuan Perdana Menteri dengan rakan sejawatannya dari negara itu Lee Hsien Loong. 

“Saya menerima perakuan beliau (Lee Hsien Loong), semua hal-hal yang terbantut sama ada soal air, ruang udara atau soal sempadan, kita sudah tunggu berpuluh tahun, harus ada tekad politik untuk selesaikan, dan beri keuntungan kepada kedua-dua negara,” katanya.

Seterusnya, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin esok di Sadao, Wilayah Songkhla dalam memastikan perjalanan dua hala rakyat antara kedua-dua negara itu baik dan cekap, selain menggalakkan pelancong dua hala.

Katanya, kedua-dua pemimpin bertekad untuk memastikan pembangunan pesat di kawasan utara Semenanjung dan selatan Thailand khususnya di empat wilayahnya, bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan keamanan serta kedamaian adil bagi Thailand.

Anwar juga memberitahu kerajaan akan mengambil langkah-langkah segera untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam dan lapangan terbang di seluruh negara dalam usaha membawa lebih ramai pelancong luar ke Malaysia.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 58 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi