web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Dipercayai Pelancong India Ditemukan Dalam Sungai - Polis

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 7:56AM

Mayat lelaki dipercayai pelancong dari India ditemukan dalam sungai di sempadan Perak-Pahang. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Azri Ramli berkata mayat dijumpai pada 3.40 petang dan tidak dapat dibawa keluar disebabkan faktor muka bumi yang memerlukan bantuan helikopter.

Beliau berkata, bantuan helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara dijangka tiba hari ini pada jam 9 pagi untuk membawa keluar mayat itu.

"Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands. Satu sidang media akan diadakan selepas bedah siasat itu," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Azri menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan (DCC) menerusi talian 05-4915 999 atau mana-mana balai polis berhampiran, jika mempunyai sebarang maklumat.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih menerusi laman media sosial.

Terdahulu, Azri memaklumkan kawasan pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong dari India, Nandan Suresh Nadkarni, 44, yang hilang sejak 22 September lalu ketika mendaki Gunung Jasar diperluas melepasi sempadan Perak, kelmarin.

Semalam adalah hari keenam misi pencarian itu melibatkan 101 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Malim Gunung Cameron Highlands dan Radio Communication and Recreation Club.

Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 September.

Hasil siasatan awal polis mendapati pada 22 September, mangsa telah keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti pendakian di trail 10 Gunung Jasar, berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di sekitar kawasan Tanah Rata. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000