web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Sasar 300,000 Pelancong Bercuti Di Tasik Kenyir Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 5:32PM

Tasik Kenyir. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, setakat Julai lalu, jumlah kedatangan pelancong ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu direkodkan adalah 141,487 orang.

“Walaupun musim tengkujuh hampir tiba, sasaran tersebut dapat dicapai memandangkan Tasik Kenyir masih menjadi tumpuan khususnya dalam kalangan pemancing,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Zawawi Ismail (PAS-Telemong) mengenai jumlah kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir dan usaha kerajaan negeri bagi merancakkan sektor berkenaan.

Menurut Razali jumlah kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir mengalami penurunan drastik iaitu dari 607,398 pada 2019 kepada 208,097 pada 2020.

Bagaimanapun menurut Razali pada 2021 jumlah pelancong meningkat kepada 277,969 orang, namun berkurangan kepada 246,896 pelawat pada 2022.

"Penurunan drastik disebabkan serangan COVID-19. Namun dengan penganjuran pelbagai acara di kawasan tersebut, kita yakin sektor pelancongan di Kenyir akan kembali rancak seperti sebelumnya," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas sidang DUN, Razali berkata, kelebihan Tasik Kenyir adalah ia terkenal dengan jolokan ‘syurga kaki pancing’ dan setiap kali musim tengkujuh, ia menerima impak positif kerana peningkatan tempahan rumah bot.

"Walaupun banyak pengusaha rumah bot beroperasi di Tasik Kenyir, ia sebenarnya belum mampu menampung jumlah permintaan pelancong dari luar terutama pada hujung tahun," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Kelibat Beruang Madu Dikesan Di Tasik Kenyir

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Pengecualian Visa 30 Hari Untuk Rakyat China, India Mulai 1 Disember - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 11 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'