web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Lokasi Harus Lawati Bila Sudah Boleh Umrah Nanti

Berangan tak salah, kami senaraikan lokasi-lokasi wajib pergi dan bersejarah di Arab Saudi.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 9:11AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih lagi dalam mood Raya Aidiladha. Apa khabar raya anda? Semua sedia maklum, situasi COVID-19 yang melanda negara dan ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tentu sahaja membuatkan sambutan Hari Raya Aidiladha kita pada tahun ini sedikit hambar.

Namun, tidak salah jika ada antara kita yang sudah merancang atau memasang cita-cita untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Makkah. Marilah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar mengangkat wabak ini dari muka bumi. 

Doakan supaya boleh sahaja kita pergi melakukan umrah atau mengerjakan haji, bila semua ini sudah berakhir nanti. Berikut lima lokasi menarik dan bersejarah di Arab Saudi yang harus anda lawati:

#1 Masjid al-Haram & Kaabah

Tentulah lokasi pertama yang wajib anda kunjungi adalah Masjid al-Haram dan Kaabah. 

Masjid al-Haram atau Masjidilharam ialah masjid yang paling suci mengikut kepercayaan umat Islam di seluruh dunia. Masjid dengan sembilan menara ini juga adalah masjid terbesar di dunia dengan keluasan 356,000 meter persegi dan boleh memuatkan 4 juta jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini terletak di kota Makkah al-Mukarramah dan dibina mengelilingi Kaabah iaitu kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat. Besarnya masjid ini, selain Kaabah, Makam Nabi Ibrahim AS, Telaga Zam Zam dan Bukit Safa dan Marwah turut berada di dalam kompleks Masjid al-Haram.

#2 Al-Masjid an-Nabawi

Masjid kedua paling suci di Arab Saudi. Disebut juga sebagai Masjid Nabawi atau Masjid Nabi kerana terdapat Makam Nabi di dalam kompleks masjid ini. Masjid ini dibina oleh Nabi Muhammad sendiri selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi di Madinah. 

Terdapat satu kawasan yang digelar Raudhah iaitu satu tempat mustajabnya doa yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Ia juga merupakan Taman Syurga berdasarkan satu hadis Nabi. 

“Apa yang ada di antara rumah dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) 

#3 Masjid al-Quba

Masjid Quba adalah masjid pertama dalam tamadun Islam. Masjid ini terletak di kota Madinah, kira-kira 3km dari Masjid Nabawi. Masjid ini juga diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum baginda tiba di Madinah, ketika peristiwa penghijrahan dari Makkah. 

Istimewanya masjid ini turut disebut di dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah, ayat 108 dan 109 tentang taqwa. Masjid ini dianggap masjid keempat paling suci dalam Islam selepas Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin. 

#4 Jabal Uhud

Jabal Uhud atau Bukit Uhud ialah satu kawasan pergunungan yang terletak di utara kota Madinah. Di sinilah terjadinya Perang Uhud pada Syawal 3 Hijrah (Mac 625 Masihi). Di sini juga terdapat makam para Syuhada Uhud yang gugur ketika perang tersebut.

Terletak hanya 4.5km dari Masjid Nabawi, anda boleh melawati kawasan ini secara bebas dan tidak dikenakan sebarang bayaran. Anda juga boleh melawati pasar awam yang menjual kurma dan barangan lain di sekitar Masjid Sayyidul Shuhada atau Masjid Uhud. 

Dinasihatkan supaya membawa pelitup mulut dan memakai cermin mata kerana kawasan pergunungan Uhud ini sedikit berhabuk kerana angin gurun yang kerap kali bertiup kencang. 

#5 Gua Hira’

Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. Ia adalah tempat baginda menyendiri dan berdoa kepada Allah SWT.

Baginda juga selalu ke Gua Hira’ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah SWT dan sering melakukan dosa-dosa besar.

Dengan lebih 600 anak tangga dan lereng-lereng curam, anda perlukan tenaga dan fizikal yang sihat untuk mendakinya. Masa menaiki lebih kurang dua jam sebelum sampai ke puncak. 

Sayangnya, ketika berada di sana, saya tidak berkesempatan mendaki Gunung Nur untuk ke lokasi Gua Hira’ ini kerana kekangan masa dan tenaga. Harapnya, saya berkesempatan lain kali.

Semoga wabak COVID-19 segera menghilang dan pulih seperti sediakala. Dapatlah umat Islam, bersama-sama menjejak kaki di Tanah Suci ini nanti. Amin. - Getaran, 22 Julai 2021

Semua gambar: Zaidi Che

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN