web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terpikat Haruman Bunga, Kuna Raj Teroka Perniagaan Kalungan Malai

Karier Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 8:42PM

Kuna pernah berkhidmat di bahagian pemasaran Astro dan juga bidang perhotelan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Membina sebuah perniagaan bukanlah sesuatu perkara mudah walaupun ia berlandaskan minat, apatah lagi jika mahu menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa.

Perjalanan itu bagaimanapun akan menjadi indah sekiranya perniagaan tersebut melibatkan perkara disukai kerana ia berperanan sebagai motivasi untuk terus melakukan yang terbaik.

Pendirian ini menjadi asas pegangan seorang anak muda, Kuna Raj Ramras, 30, yang menjadikan perniagaan bunga sebagai kerjaya sepenuh masa.

Kuna mewarisi perniagaan ini dari ibu saudaranya. - Gambar oleh Syeda Imran
Kuna mewarisi perniagaan ini dari ibu saudaranya. - Gambar oleh Syeda Imran

Sebelum hidup dengan dikelilingi haruman pelbagai jenis bunga, Kuna pernah berkhidmat di bahagian pemasaran stesen tv satelit berbayar, Astro selama enam tahun dan bergiat dalam industri perhotelan selama tiga tahun.

“Sebenarnya ini adalah perniagaan keluarga yang diwarisi daripada ibu saudara saya, seorang pemilik perusahaan menjual bunga di Bahau, Negeri Sembilan.

“Dari situ, timbulnya minat untuk mengetahui dengan lebih mendalam segala teknik dan ilmu berkenaan bunga malai, termasuk teknik untuk mencantumkan ia menjadi kalungan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Berbekalkan kecintaan dan minat mendalam, Kuna sanggup merantau sehingga ke Madurai dan Coimbatore di India selama lima bulan bagi menuntut ilmu penghasilan bunga malai secara terperinci dan tepat.

Katanya, penghasilan bunga malai adalah antara cabang seni yang perlu dikuasai jika mahu menghasilkan kalungan yang cantik dan berkualiti.

“Di Malaysia, kita tidak mempunyai kelas atau pembelajaran khusus serta teknik khas untuk mengikat bungai malai, ia hanya diajar oleh ahli keluarga yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut,” jelasnya.

Memiliki diploma dalam jurusan makanan dan minuman (F&B), Kuna berkata bunga malai lazimnya digunakan untuk upacara sembahyang, perkahwinan dan kematian oleh komuniti India.

Setiap satu acara katanya, memerlukan jenis bunga malai yang khusus dan terdapat peraturan tertentu perlu dipatuhi.

“Ada sesetengah jenis bunga tidak boleh digunakan untuk upacara sembahyang tetapi perincian ini tidak diberi perhatian di Malaysia.

“Mengikat kalungan bunga malai sebenarnya tidak boleh dibuat sesuka hati, ada aturannya sendiri terutama dari sudut agama dan adat budaya Hindu,” katanya.

Kuna melayan pelanggan yang hadir di gerainya. - Gambar oleh Syeda Imran
Kuna melayan pelanggan yang hadir di gerainya. - Gambar oleh Syeda Imran

Kuna menarik perhatian, kalungan malai tidak hanya terhad kepada bunga-bungaan, sebaliknya turut meliputi beberapa jenis daun seperti semambu dan kemangi.

Dia juga mengambil inisiatif membuka tempahan secara dalam talian dan turut menawarkan khidmat penghantaran pada pelanggan yang mahukan pembelian secara lebih mudah.

“Zaman kian moden, perniagaan bunga malai juga perlu berubah seiring peredaran masa.

“Selain kalungan bunga yang sedia dipamer di kedai, saya juga memberi peluang kepada pelanggan untuk menempah malai mengikut cita rasa mereka sendiri,” katanya, tersenyum.

Menurut Kuna, bunga malai untuk kegunaan harian yang dihasilkan sering menjadi pilihan pelanggan bagi upacara keagamaan atau kematian, manakala jenis berbeza dikhususkan dalam sebarang keraian seperti majlis perkahwinan.

“Bunga malai bagi tujuan tersebut perlu ditempah terlebih awal dan saiz serta harga juga berbeza,” katanya.

Kuna berkata penghasilan bunga malai adalah antara cabang seni yang perlu dikuasai jika mahu menghasilkan kalungan yang cantik dan berkualiti. - Gambar oleh Syeda Imran
Kuna berkata penghasilan bunga malai adalah antara cabang seni yang perlu dikuasai jika mahu menghasilkan kalungan yang cantik dan berkualiti. - Gambar oleh Syeda Imran

Ditanya mengenai pandemik COVID-19, Kuna mengakui perniagaannya turut terkesan malah pernah menghasilkan hanya RM500 seminggu.

Enggan mengalah, dia nekad mempromosikan perniagaannya secara aktif di media sosial, khususnya di Facebook dan Instagram.

“Bayangkan, masih belum setahun saya menjadikan perniagaan ini sepenuh masa dan tiba-tiba ia terhenti apabila COVID-19 melanda.

“Sudah tentu saya tidak boleh biarkan ia berkubur begitu sahaja,” katanya yang mula mengusahakan perniagaan berkenaan sejak 2019.

Dalam perkembangan berkaitan Kuna berkata, dia pernah mengadakan beberapa kelas pengajaran teknik mengikat bungai malai.

“Saya baru sahaja menamatkan kursus dan memiliki lesen untuk memulakan pengajaran khusus bungai malai yang boleh menggalakkan minat anak muda mempelajari bidang ini.

“Di Malaysia, kita masih belum mempunyai jurusan khusus untuk mempelajari pembuatan bungai malai seperti kemahiran lain, dan adalah menjadi impian saya untuk menjadi perintis kepada semua ini,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara