web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 8:14AM

Masjid Zahir, Alor Setar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tanpa mempedulikan kesucian Ramadan serta bacaan ayat suci al-Quran yang berkumandang dari Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir, beberapa individu menimbulkan kekecohan, malah dilihat terjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa ketika operasi sitaan peniaga di Dataran Medan Bandar malam kelmarin. 

Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, individu terlibat turut beberapa kali mencabar anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk membuka pakaian seragam mereka, selain bertindak menyepak tong sampah di lokasi itu yang terletak betul-betul di hadapan Masjid Zahir. 

Padahnya, dua lelaki yang juga peniaga berusia 33 dan 42 tahun, akhirnya ditahan polis kerana disyaki menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.38 malam ketika pembantu penguatkuasa MBAS membuat operasi sitaan peniaga di kawasan berkenaan.

"Tugas mereka kemudiannya dihalang oleh dua individu yang mencetuskan kekecohan dan pergelutan sebelum dapat dileraikan. Laporan polis telah dibuat dan kedua-dua individu berkenaan kemudiannya ditangkap petang semalam bagi membantu siasatan. 

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas," katanya ketika dihubungi Getaran. 

Notis dikeluarkan MBAS sejak 2022 yang melarang sebarang aktiviti perniagaan di Dataran Medan Bandar.
Notis dikeluarkan MBAS sejak 2022 yang melarang sebarang aktiviti perniagaan di Dataran Medan Bandar.

Dalam pada itu sumber MBAS memaklumkan, kawasan tersebut sememangnya menjadi kawasan larangan untuk sebarang perniagaan.

"Terdapat papan tanda besar yang memaklumkan mengenai larangan tersebut di kawasan itu. Malah, notis mengenainya telah dikeluarkan sejak 2022 termasuk di laman media sosial dan masih terpakai hingga kini.

"Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dengan siasatan terhadapnya sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan," katanya. - Getaran, 16 Mac 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Tidak Terlibat Kenaikan SST Diingatkan Jangan Ambil Kesempatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi