web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Kurang Beban Mangsa Banjir, Warga USIM Ke Terengganu

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 4:56PM

Sukarelawan Misi USIMPrihatin berada di Kemaman, Terengganu sehingga Ahad untuk menghulurkan bantuan pasca banjir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Atas dasar ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggerakkan kumpulan pertama sukarelawannya ke Kemaman, Terengganu untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan.

Jurucakap Pusat Komunikasi Strategik USIM berkata, bantuan pasca banjir menerusi program Misi USIMPrihatin itu menyaksikan seramai 47 sukarelawan terdiri daripada 39 mahasiswa dan lapan kakitangan bertolak ke Kemaman semalam.

“Lokasi di Kemaman yang menjadi fokus pasukan Misi USIMPrihatin adalah Kampung Air Puteh dengan fokus diberikan kepada operasi mencuci kediaman penduduk kampung terjejas, selain Sekolah Kebangsaan Air Puteh dan Masjid Kampung Air Puteh.

“Selain itu, pasukan ini melaksanakan agihan sumbangan barangan asas seperti makanan, keperluan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal,” katanya.

Kumpulan sukarelawan pelajar USIM menyediakan keperluan pembersihan dan barangan untuk dibawa ke Kemaman, Terengganu.
Kumpulan sukarelawan pelajar USIM menyediakan keperluan pembersihan dan barangan untuk dibawa ke Kemaman, Terengganu.

Ketua kumpulan sukarelawan mahasiswa Misi USIMPrihatin yang juga penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Umairatul Izzah Md Ariff Maricar, 24, berkata, sambutan diterima daripada mahasiswa untuk menyertai program terbabit amat baik.

“Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanggungjawab dalam menyelaras penglibatan mahasiswa. Kita hanya memerlukan sekitar 30 orang sukarelawan sahaja bagi misi ini, tetapi permohonan diterima mencecah 70 orang.

“Jumlah permohonan ini menunjukkan mahasiswa kita begitu prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan serta terjejas dengan bencana banjir ini. Di pihak MPP sendiri, seramai 10 orang turut bersama ke Kemaman,” katanya.

Peserta program Misi USIMPrihatin memasukkan barangan keperluan asas ke dalam bas untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu.
Peserta program Misi USIMPrihatin memasukkan barangan keperluan asas ke dalam bas untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu.

Umairatul Izzah yang juga Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan MPP USIM berkata, mahasiswa universiti itu sentiasa bersedia untuk menyantuni masyarakat dalam pelbagai cara.

“Sebelum ini mereka membantu dalam misi pasca banjir akhir tahun lalu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang,” ujarnya.

Pelepasan kumpulan itu ke Kemaman sehingga Ahad ini disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dr Adnan Mohamed Yusoff di Pusat Sukan USIM.

Dalam ucapannya, Profesor Adnan meminta warga USIM sentiasa menjaga dan menonjolkan akhlak serta teladan yang baik sepanjang menjayakan misi berkenaan. - Getaran, 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara