web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Tunggal Gadai Emas, Guna Wang Simpanan Demi Kiah Kitchen

Sepanjang proses untuk sampai ke tahap hari ini, pelbagai onak dan duri dilalui dalam memastikan perniagaan terus utuh antaranya ditinggalkan suami dua tahun lepas dan ditipu oleh rakan karib sendiri.

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 12:00PM

Pengusaha Kiah Kitchen, Zaharani Abdul Rahim, menunjukkan Nasi Daging Harimau Menangis ketika ditemui Bernama di restorannya baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kegigihan seorang ibu tunggal yang sanggup menggadai emas dan menggunakan wang simpanan tanpa bantuan modal dari kerajaan membawa kepada kejayaan Zaharani Abdul Rahim dalam bidang perniagaan kambing sejuk beku.

Pengusaha berusia 46 tahun itu berkata dengan bermodalkan RM200 dan beberapa barangan kemas,  beliau memberanikan diri menceburi perusahaan produk sejuk beku itu selepas tekad berhenti kerja di sebuah kilang mesin.

“Dua tahun lepas sewaktu negara kita dilanda wabak COVID-19, saya bersama-sama persatuan ibu tunggal lain mencari daging kambing bermutu tinggi dari New Zealand untuk dijadikan uji kaji resepi kami,” katanya ketika ditemui Bernama di restorannya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sepanjang proses untuk sampai ke tahap hari ini, pelbagai onak dan duri dilalui dalam memastikan perniagaan terus utuh antaranya ditinggalkan suami dua tahun lepas dan ditipu oleh rakan karib sendiri.

“Perkahwinan saya tidak panjang dan diuji apabila saya menerima surat cerai sewaktu PKP. Kini saya perlu membesarkan anak perempuan berumur 12 tahun sendirian.

“Selain itu, saya pernah mempunyai rakan kongsi yang merancang untuk menjual produk manakala saya di bahagian pemprosesan namun dia hilang tanpa berita apabila ingin membayar duit pendahuluan premis.

“Saya perlu menanggungnya seorang diri sehinggakan berhutang rumah dan kereta kerana perlu membayar hampir RM20,000 untuk premis tersebut,” katanya sebak.

Lebih selesa dikenali Kak Kiah, beliau berkata segala dugaan dan cabaran dihadapi telah mengajarnya untuk terus maju dan berusaha lebih gigih sehingga berjaya membuka sebuah restoran menjual produk sejuk bekunya itu.

“Semuanya berubah apabila saya bertemu rakan kongsi yang hanya ingin dikenali sebagai Amir dan dia banyak berkongsi ilmu perniagaan dengan turut dibantu beberapa rakan dalam memastikan restoran kami iaitu Kiah Kitchen sentiasa menjadi pilihan para pengunjung.

“Di restoran ini saya menjual masakan berasaskan produk sejuk beku dan antara menu yang menjadi bualan pengunjung adalah Nasi Kambing Bakar, Nasi Daging Harimau Menangis, Nasi Ayam Bakar dan macam-macam lagi,” tambahnya.

Kak Kiah berkata selain masakan yang sedia dimakan, produk kambing perap sejuk beku juga turut dijual di restorannya agar pengunjung boleh membeli dan merasainya sendiri di rumah.

Sehingga kini, beliau telah memasarkan produknya hampir ke seluruh negara selain turut menyediakan perkhidmatan pengilang peralatan asal (OEM) untuk penjenamaan masing-masing.

“Setakat ini kami sudah melebarkan sayap perkhidmatan OEM sejuk beku di tujuh negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor. Tugas kami  hanyalah menghantar produk kepada pihak premis seterusnya pemilik premis tersebut akan menjenamakannya sendiri,” katanya.

Menurutnya, bagi menambah dan mengisi ilmu, beliau telah menuntut teknik pembuatan resepi perapan dari pelbagai saluran seperti kelas memasak, hantaran di media sosial selain perkongsian rakan-rakan, setelah itu beliau mengolah resepinya sendiri mengikut kesesuaian selera Melayu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara