web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Persatuan Al Munawwarah Tidak Jemu Berbakti

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 8:27AM

Dr Mohd Kamil menyampaikan sumbangan kepada penerima di Taman Pandan Damai 1, Kuantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sejak ditubuhkan kira-kira enam tahun lalu, Persatuan Al-Munawwarah Taman Pandan Damai 1, dekat sini, tidak pernah gagal melaksanakan pelbagai program kebajikan bagi penduduk setempat.

Selain menganjurkan program Kembali Ke Sekolah setiap kali tiba pembukaan sesi persekolahan, persatuan ini turut aktif melakukan aktiviti kebajikan lain, seperti pengagihan bantuan kepada asnaf dan keluarga memerlukan, menganjurkan program ibadah korban setiap kali sambutan Aidiladha dan program berkhatan perdana yang turut mendapat sokongan daripada pemimpin di kawasan itu.

Sepanjang Ramadan lalu, ahli jawatankuasa (AJK) surau ini juga turut tampil dengan idea menarik apabila mengagihkan 100 pek juadah berbuka puasa setiap hari, secara pandu lalu di perkarangan surau berkenaan.

Penularan pandemik COVID-19 sejak awal tahun lalu turut memberi idea kepada Pengerusi persatuan, Dr Mohd Kamil Ahmad, untuk memperkenalkan program Bank Makanan Al-Munawwarah yang setakat ini sudah berhasil membantu lebih 40 keluarga asnaf dan golongan memerlukan.

Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu, persatuan ini memberi tumpuan kepada pengagihan barangan keperluan harian secara terus kepada ketua isi rumah, namun, berikutan keadaan penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan, mereka mengambil keputusan untuk terus menawarkan bantuan sama, tapi ditempatkan pada rak khas di perkarangan surau berkenaan.

Dr Mohd Kamil yang juga doktor pakar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini berpendapat, kaedah pengagihan seperti sebelumnya terpaksa dihentikan bagi mengelak risiko penyebaran COVID-19 dalam kalangan penduduk.

“Kita juga perlu pertimbangkan risiko dihadapi petugas terdiri daripada ahli kariah surau yang juga AJK persatuan, jadi selepas berbincang, kami ambil keputusan menyediakan rak Food Bank di surau untuk memudahkan mereka memerlukan mengambil barangan disediakan.

“Rak khas ini kita mulakan sejak hujung bulan lalu dan mula mendapat sambutan baik daripada penduduk sekitar, awal bulan ini,menggunakan tabung surau serta sumbangan orang ramai sebagai dana,” katanya.

Beliau memaklumkan, proses pembungkusan barangan keperluan asas dilakukan sendiri oleh AJK surau berkenaan dan urusan untuk mengambil pek barangan keperluan asas pula boleh dilakukan setiap hari, bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

“Kita juga sangat bertuah kerana dibarisi AJK yang sangat aktif dalam memudahkan perjalanan semua urusan dirancang, malah rak khas Food Bank ini diselia seorang AJK surau secara sukarela, khusus untuk memudahkan proses pengagihan kepada mereka yang datang ke sini untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Dr Mohd Kamil turut bercadang untuk memperluaskan bantuan ini kepada penduduk di kawasan berhampiran dan meminta orang ramai yang ingin turut serta dalam menyediakan barangan keperluan asas agar menyumbang ke akaun persatuan berkenaan.

“Terpulang kepada orang ramai, sama ada mereka ingin menyumbang barangan atau wang, boleh berbuat demikian dengan terus datang ke sini. Kita mengalu-alukan pembabitan lebih ramai pihak dalam memastikan bantuan dapat disalurkan kepada ramai lagi kumpulan memerlukan.

“Kita sedia maklum, sejak PKP tahun lalu sehingga sekarang, ramai yang kehilangan sumber pendapatan, ada yang hilang kerja dan banyak lagi kesulitan dihadapi. Jadi, sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu mereka meringankan sedikit bebanan ditanggung ketika ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Maybank 5562 2640 8268 atas nama Persatuan Al-Munawwarah Pandan Damai 1. - Getaran, 15 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara