web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rai Aidiladha Sebagai Islam, Umar Ha Rasai Nikmat Ibadah Korban

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 8:57AM

Umar Ha Abdullah melapah daging korban bersama Persatuan Muay Thai Perak dalam Program Qurban Muay Thai 2021 di Ipoh, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pertama kali menyambut Hari Raya Aidiladha sebagai saudara baru tidak menghalang Ha Ze Xiang, 19, atau nama islamnya Umar Ha Abdullah untuk bersama-sama merasai nikmat sambutan itu dengan bergotong-royong menyembelih lembu korban.

Atlit Muay Thai Perak ini begitu teruja apabila dapat bersama-sama dengan rakan-rakan termasuk jurulatihnya yang juga bekas jurulatih Muay Thai negara, Bernard Radin dalam ibadah berkenaan.

Persatuan Muay Thai Perak menganjurkan Program Qurban Muay Thai 2021 di gelanggang persatuan itu di sini, semalam, dengan menyembelih dua ekor lembu yang disumbangkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan seekor kambing.

Umar ketika ditemui Getaran berkata, dia yang memeluk Islam pada 7 Syawal lalu iaitu 19 Mei begitu gembira kerana dapat merasai nikmat menyambut perayaan itu dan begitu teruja untuk menyambutnya bersama-sama rakan lain.

“Saya gembira kerana diberikan nikmat oleh Allah SWT pertama kali menyambut perayaan ini sebagai seorang Islam.

“Banyak ilmu baharu yang saya dapat peroleh dari ibadah korban ini termasuk kaedah penyembelihan secara Islam,” katanya.

Ditanya apa yang mendorong anak muda itu bertukar pegangan dan kepercayaan hidup, Umar memberitahu keinginan tersebut lahir Februari lalu, namun beliau masih tidak memiliki kekuatan untuk berkongsi perkara tersebut bersama bapanya.

Menurutnya, ibadah puasa ketika Ramadan tetap dijalani bersama rakan-rakan lain, walaupun masih belum beragama Islam ketika itu.

“Walaupun tidak dapat berpuasa penuh, namun saya berjaya melakukannya untuk 26 hari dan Alhamdulillah, keinginan untuk memeluk agama suci ini menerima keizinan ibu, tetapi beliau meminta saya berterus-terang sendiri kepada ayah yang bekerja di luar negara.

“Dengan izin Allah, ayah saya yang sebelum ini seperti tidak memberi kebenaran, akhirnya bersetuju dan mungkin sudah tertulis, impian bergelar saudara baharu akhirnya menjadi kenyataan,” katanya, sebak.

Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu, dia sangat gembira apabila keputusan berkenaan menerima sokongan keluarga dan kini sedang giat mendalami ajaran Islam dengan sebaiknya.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernard ketika ditemui berkata, program korban terbabit diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ia digerakkan dengan kerjasama petugas JAIPk, Persatuan Muay Thai Perak, Azno Catering dan Success Brotherhood. – Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara