web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gambaran Menyeluruh Pemasaran Menurut Generasi

Memahami perbezaan merentas generasi ialah cara yang lebih baik untuk menentukan arah aliran pilihan dalam gaya hidup pengguna, berbanding dengan faktor dimensi tunggal umur, jantina, lokasi atau fasa khusus kitaran hidup manusia

Kolum Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 12:57PM

Gen Z bakal menjadi kumpulan generasi terbesar di ASEAN - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila mengkaji pasaran untuk pelbagai jenis segmentasi, seseorang sering mentakrifkan segmen mengikut lokasi geografi, kelas sosio-ekonomi, peringkat kehidupan dan pembolehubah jantina. Namun, terdapat cara baharu untuk memahami kerumitan segmen berbeza dalam pasaran yang berkesan dalam mengenal pasti nilai dan pemacu tingkah laku pengguna. Ini dipanggil "kohort generasi". Penyelidik menegaskan bahawa memahami perbezaan merentas generasi ialah cara yang lebih baik untuk menentukan arah aliran pilihan dalam gaya hidup pengguna, berbanding dengan faktor dimensi tunggal umur, jantina, lokasi atau fasa khusus kitaran hidup manusia. Untuk pemahaman para pembaca, boleh dirumuskan yang pada umumnya, dunia ketika ini didiami oleh lima kohort generasi yang berbeza.
 
Kohort 1: Para Tradisionalis Atau "The Silent Generation" (Dilahirkan Antara 1925 Dan 1945)
Generasi ini dibesarkan dalam kesukaran Perang Dunia ke-2 dan menempuhi fasa pembinaan ekonomi semula selepas zaman perang, dan kadangkala generasi ini juga digelar sebagai the silent generation. Ini disebabkan oleh pepatah yang umum pada zaman itu, children are meant to be seen and not heard atau "kanak-kanak adalah hanya untuk dilihat dan bukan didengari". Generasi ini dianggap sebagai sangat berdisiplin. Mereka juga merupakan generasi analog yang lebih selesa membeli melalui kaedah komunikasi secara terus atau pembelian secara bersemuka. Mereka yang sudah dilahirkan antara zanan 60an-70an pasti masih ingat jurujual dari rumah ke rumah, dan adanya mereka yang datang menjual kain atau permaidani dari rumah ke rumah.
 
Kohort 2: The Baby Boomers - Dilahirkan Antara 1946 Dan 1964 
Monoker ini lebih sesuai di Amerika Syarikat, kerana selepas Perang Dunia 2, terdapat lonjakan dalam jumlah kelahiran. Generasi ini, sama seperti generasi sebelumnya juga merupakan generasi "analog". Di Malaysia, mereka yang dilahirkan pada zaman ini terpaksa melalui banyak kesukaran ketika waktu kecil, kerana keadaan darurat (1948-1960). Mereka juga menyaksikan peristiwa-peristiwa bersejarah yang membawa kepada kemerdekaan, pada ketika Tanah Melayu merupakan negara agrarian yang baru membangun dan amat terdedah pada turun naik harga komoditi seperti harga getah. Generasi ini sangat berdikari dan berjimat-cermat. Rata-rata generasi ini amat menitik beratkan faktor penjimatan, simpanan yang mencukupi, dan pengumpulan harta untuk masa hadapan.
 
Kohort 3: Gen X - Lahir Antara 1965 Dan 1980
Gen X juga adakalanya dikenali sebagai "generasi dengan sindrom anak kedua (middle child syndrome)". Mereka adalah generasi pertama yang merentasi dunia analog dan digital, dan akibatnya, generasi ini terpaksa mengadaptasi diri dengan sebaik mungkin. Selalunya, para pemasar akan “menyatukan’ Gen X dengan generasi baby boomer atau generasi milenial. Sedangkan, Gen X mempunyai ciri dan pilihan yang amat khusus. 


 
Sebagai satu kumpulan, Gen X boleh dikatakan amat berkebolehan dalam menyelesaikan masalah dan melakukan berbilang tugas pada waktu yang sama. Kumpulan Gen X amat menyukai program ganjaran,  dan mereka berkemungkinan untuk setia kepada jenama, serta lebih mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Mereka juga mendambakan kemudahan dan kecekapan. Sebagai "generasi sandwic", golongan Gen X biasanya menggendong tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa Baby Boomer mereka yang semakin tua, di samping mengasuh anak-anak di peringkat Gen Z. Oleh itu, bagi pengeluar dan pemasar, perlu ingat yang golongan Gen X biasanya mempunyai kuasa untuk mempengaruhi generasi dalam jagaan mereka (Baby Boomer dan Gen Z), dari segi pilihan jenama dan barangan yang dibeli.
 
Kohort 4: Milenial / Gen Y - Lahir Antara 1981 Dan 1995
Sesetengah penyelidik menyatakan yang golongan milenial adalah kumpulan generasi asli digital yang pertama. Tetapi dalam konteks rantau ASEAN, istilah yang lebih sesuai bagi golongan Gen Y atau Milenial adalah generasi "cerdas digital". Generasi ini mungkin telah diperkenalkan kepada internet sama ada di sekolah rendah atau menengah. 
 
Walau bagaimanapun, zaman kanak-kanak mereka masih dipenuhi dengan televisyen analog (atau pada tahap awal peralihan ke siaran digital). Pada akhir 80an dan awal 90an,bukan semua isi rumah di Malaysia yang dilengkapi gajet-gajet digital. Walau bagaimanapun, pada usia remaja dan di kolej, golongan milenial menjadi sangat mahir secara digital dan sangat cepat menerima media sosial. Bagi golongan milenial, kehidupan dalam talian biasanya digambarkan melalui filter akaun Facebook dan Instagram, dipisahkan daripada realiti kehidupan luar talian. Golongan milenial secara umumnya sangat berdikari, kerana mereka boleh menyelesaikan masalah dan mencari maklumat di hujung jari dengan lebih cepat daripada generasi sebelumnya. Golongan ini juga mula mempersoalkan status quo atau norma-norma kehidupan/kemasyarakatan, dan berminat mencari penyelesaian masalah dalam masyarakat. Kesedaran ini mendorong golongan milenial untuk memilih syarikat yang mempunyai program tanggungjawab sosial dan korporat yang baik.

Kohort 5: Gen Z - Lahir Antara 1995 Dan 2010
Golongan digital natives pertama di dunia, Gen Z bakal menjadi kumpulan generasi terbesar di ASEAN – mereka akan merangkumi 25 peratus daripada jumlah penduduk serantau menjelang 2030. Oleh itu, banyak yang telah ditulis tentang golongan ini. Gen Z, dikatakan dilahirkan memegang peralatan digital di tangan mereka, dan dengan YouTube sebagai pengganti buaian. Golongan ini kini mencapai usia dewasa dan mula memasuki alam pekerjaan. Generasi ini, tidak seperti generasi lain sebelum mereka, didapati lebihtenggelam dalam rangsangan digital dan ini mempengaruhi beberapa aspek kehidupan mereka. Antaranya,  secara umumnya, Gen Z mempunyai rentang perhatian yang terpilih, (selective attention span), dan hauskan kandungan yang menarik perhatian mereka dan personalised. Golongan ini amat celik teknologi, dan mempunyai jaringan media sosial yang meluas, menjadikan mereka agak pragmatik, 'celik politik' dan berkebolehan mencari berbagai maklumat sebelum membuat apa-apa keputusan, termasuk pembelian. Produk mampan yang bernilai baik untuk wang, dan produk yang mencerminkan pandangan politik mereka biasanya memegang cadangan nilai yang lebih tinggi untuk Gen Z. Ini juga merupakan generasi yang lebih menghargai pengalaman berbanding pemilikan. - Getaran, 4 Jun 2024

Ida Alina Salleh ialah Ketua Eksekutif MarkPlus Institute ASEAN, pusat latihan dan pendidikan dalam bidang pemasaran dan perniagaan bagi golongan profesional dan para usahawan. 

Sebagai Makmal Pemasaran Philip Kotler di rantau ini, MarkPlus Institute ASEAN menyasarkan untuk menyampaikan program latihan dan seminar antarabangsa dengan tujuan mengembangkan kecekapan pemasaran bagiorganisasi. Kandungan program yang dijalankan adalah berdasarkan buku-buku yang ditulis oleh pengarang MarkPlus Inc. bersama Prof. Philip Kotler. Penerbitan terbaru adalah daripada siri Marketing X.0 - “Marketing 6.0”, yang membincangkan konsep pemasaran maya yang mendalam dalam tempoh teknologi transformatif ini. 

Satu lagi siri buku oleh pengarang MarkPlus dan Philip Kotler membicarakan konsep "Pemasaran Keusahawanan". Terbitanseterusnya bertajuk "Entrepreneurial Marketing 2.0: Reimagining Operational Excellence", yang bakal dikeluarkan akhir tahun ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program latihan dan seminar, sila hubungi asean_institute@markplusinc.com atau Cik Thasya di 017 3994791.

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 bulan yang lalu

Dari Server Ke Sungai: Impak Pelaburan Digital Terhadap Keselamatan Air Negara

2

Kolum 4 bulan yang lalu

Cabaran Iklim: Memperkukuhkan Daya Tahan Ekonomi Negara

3

Kolum 4 bulan yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Kehidupan Penuh Ranjau Ibuku, Mualaf Berjiwa Besar

4

Kolum 4 bulan yang lalu

Menjelajah Potensi Pusat Data: Membuka Peluang Ekonomi Baharu Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara