web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Angka Kematian Ajaran Sesat Di Kenya Meningkat Kepada 336

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 11:30AM

Operasi mengeluarkan mayat yang memasuki fasa ketiga dua minggu lalu, telah ditangguhkan sementara bagi menjalankan autopsi ke atas mayat yang dijumpai - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NAIROBI (Kenya) - Sebanyak 10 lagi mayat ditemukan ketika polis menjalankan operasi penggalian di Hutan Shakahola Kenya, menjadikan angka kematian mangsa kebuluran kumpulan ajaran sesat meningkat kepada 336. 

Jumlah mangsa yang ramai menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki, memohon maaf dan mengakui bahawa pihak berkuasa sepatutnya dapat mencegah kematian-kematian itu. 

"Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Kenya hari ini seperti yang dilakukan oleh presiden kami. Adalah jelas bahawa terdapat kelalaian dalam rejim kerajaan sekarang dan sebelum ini yang menyebabkan kematian ramai rakyat di Shakahola," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataannya. 

Operasi mengeluarkan mayat yang memasuki fasa ketiga dua minggu lalu, telah ditangguhkan sementara bagi menjalankan autopsi ke atas mayat yang dijumpai. 

Beratus-ratus mayat ditemukan di Hutan Shakahola sejak April semasa siasatan dijalankan ke atas kultus yang diketuai Pastor Paul Nthenge Mackenzie. 

Mackenzie dituduh mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk berlapar supaya mereka dapat masuk ke syurga sebelum kiamat. 

Siasatan mendapati beberapa mangsa kehilangan organ mereka, yang menimbulkan kecurigaan tentang perdagangan organ manusia. - Bernama-Anadolu

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Siasat Guru Wanita Dakwa Diri Imam Mahdi

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ajaran 'The Ahmadi' Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na'im

4

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Pantau, Sekat Video Sebar Ajaran Sesat Di Media Sosial

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut