web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKD Pantau, Sekat Video Sebar Ajaran Sesat Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 7:05AM

Fahmi Fadzil berkata pihaknya menerusi MCMC akan bekerjasama dengan JAKIM serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan sebarang video berunsur ajaran sesat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memantau serta menyekat penyebaran sebarang video berunsur ajaran sesat termasuk dari negara jiran yang tular di media sosial.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan bahan seperti itu.

"Kita akan pastikan penularan ini bukan hanya disekat tetapi mereka yang terlibat dalam penularan itu juga boleh diambil tindakan. Jadi, itu sebab kenapa kita sentiasa beri peringatan untuk elakkan daripada menyebar bahan fitnah, melibatkan 3R (raja, agama dan kaum) termasuklah ajaran sesat. 

"Maka kita akan terus memantau, bila kita terima permohonan ataupun permintaan untuk ambil tindakan MCMC akan segera berhubung dengan penyedia perkhidmatan platform tersebut," katanya selepas merasmikan pelancaran Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Eco Park@Pantai Dalam di sini malam tadi.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan satu majlis agama berunsurkan ajaran sesat di sebuah pesantren di negara jiran yang menyanjung Israel dan didakwa turut disertai ramai rakyat Malaysia sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganet.

Fahmi berkata selain isu ajaran sesat, KKD akan mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat berunsur penipuan, scam dan penggunaan platform itu untuk menjual bahan terlarang termasuk dadah.

Menyentuh program malam ini, beliau berkata pelancaran IWK Eco Park@Pantai Dalam dilihat mampu memberi manfaat dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

"Ruang ini sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti dan terdapat juga tapak jualan bagi kenderaan saji disediakan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada IWK atas segala inisiatif yang telah dan akan dijalankan di IWK Eco Park@Pantai Dalam," katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IWK Narendran Maniam serta Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dr K. Ching Thoo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad