web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syarikat Satelit TV Indonesia IPTV Lebarkan Sayap Ke Malaysia Tahun Ini

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 10:26PM

Anak syarikat konglomerat MNC Group yang beribu pejabat di Jakarta Pusat itu mempunyai lebih 11.5 juta pelanggan di Indonesia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar Indonesia, PT MNC Vision Networks Tbk (IPTV) akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini, kata pengarah utamanya Ade Tjendra.

Anak syarikat konglomerat MNC Group yang beribu pejabat di Jakarta Pusat itu mempunyai lebih 11.5 juta pelanggan di Indonesia.

IPTV bakal menawarkan perkhidmatan televisyen berbayar dan pengedaran kandungan menggunakan teknologi terus ke rumah (DTH).

“Potensi pasaran cukup besar memandangkan masih belum terlalu banyak pemain kandungan televisyen di Malaysia,” kata Ade seperti dipetik portal berita, iNews.id.

Menurut Ade, persamaan aspek budaya antara masyarakat di kedua-dua negara memudahkan IPTV untuk menyesuaikan jenis kandungan yang diperlukan.

Perbelanjaan modal pula tidak diperlukan kerana syarikat memanfaatkan liputan satelit sedia ada yang merangkumi kawasan sekitar pulau Sumatera, katanya.

Beliau berkata, pengembangan operasi di Malaysia akan dilaksanakan secara kerjasama dengan penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan Malaysia, Ansat Broadcast Sdn Bhd.

Kedua-dua pihak telahpun memeterai lembaran terma perjanjian usaha sama (JV) yang ditandatangani Hary dan pengerusi eksekutif Ansat Broadcast Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun di sini pada Disember tahun lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 21 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka