web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saingan Baharu Twitter, Threads Melepasi 10 Juta Pengguna, Kata Zuckerberg

Luar Negara Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 8:40PM

Platform baharu, yang mirip format Twitter itu, disambungkan ke platform foto dan video Instagram Meta. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Pesaing Twitter, Threads, menarik lebih 10 juta pengguna dalam beberapa jam selepas dilancarkan oleh syarikat induk Facebook, Meta, kata ketua eksekutif Mark Zuckerberg pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Platform baharu, yang mirip format Twitter itu, disambungkan ke platform foto dan video Instagram Meta. Zuckerberg berkata ia hanya mengambil masa tujuh jam untuk melepasi 10 juta pengguna.

Meta berkata Thread tersedia di Amerika Syarikat dan lebih 100 negara lain kecuali di Kesatuan Eropah (EU) disebabkan persoalan mengenai peraturan yang belum diselesaikan.

Eksekutif Instagram Adam Mosseri dalam temu bual berkata peraturan baharu EU di bawah Akta Pasaran Digital dan Akta Perkhidmatan Digital blok itu, yang akan berkuat kuasa tahun depan, menjadi antara penghalang. Undang-undang itu mengandungi keperluan yang ketat bagi platform atas talian yang utama.

Dalam temu bual dengan saluran berita industri teknologi Platformer, Mosseri mempertahankan keputusan untuk melancarkan platform itu tanpa pengguna EU.

Beliau berkata syarikat itu terpaksa memilih sama ada untuk mengecualikan pengguna di EU atau menangguhkan pelancaran selama berbulan-bulan.

"Dan saya bimbang peluang akan ditutup, kerana masa sangat penting."

Pelancaran Threads dibuat tepat ketika Twitter berdepan masalah ekoran gangguan dan ketidakstabilan sejak platform itu diambil alih oleh jutawan Elon Musk.

Twitter sekali lagi menimbulkan kemarahan pengguna pada hujung minggu apabila ia mengenakan had baharu yang drastik pada bilangan tweet yang boleh dilihat pengguna setiap hari. - Bernama-dpa

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Mark Zuckerberg Duduki Tempat Ke-4 Manusia Terkaya Di Dunia

3

TARA 9 bulan yang lalu

Berita Elon Musk Cipta Robot Wife Satu Penipuan, Namun Adakah Ia Mustahil

4

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Logo Baharu Twitter 'X' Diturunkan Dari Ibu Pejabat Selepas Aduan

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 21 jam yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0