web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Gaza Terus Jadi Sasaran Israel, Bantuan Melalui Udara Tidak Berkesan

Luar Negara Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 12:04PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDARAYA GAZA - Puluhan orang terbunuh dan cedera apabila tentera Israel menyerang penduduk Palestin yang sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Jurucakap Kementerian Ashraf al-Qudra berkata, serangan itu berlaku di selatan bandar Gaza.

"Tentera penceroboh Israel sedang melakukan genosid terhadap beribu-ribu penduduk yang kelaparan di utara Gaza," menurut jurucakap itu.

Serangan itu berlaku tiga hari selepas sekurang-kurangnya 118 rakyat Palestin terbunuh dan 760 lagi cedera apabila serangan tentera Israel menyasarkan orang ramai yang menunggu bantuan kemanusiaan di selatan bandar Gaza.

Sementara itu, pejabat media kawasan itu berkata, bantuan kemanusiaan yang dihantar menerusi udara 'tidak berkesan' di tengah- tengah kebuluran yang semakin meruncing di Gaza.

"Seramai 2.4 juta orang dilanda krisis kekurangan makanan dan kebuluran...," menurut kenyataan pejabat media.

Kebuluran semakin teruk di wilayah utara dan kawasan pentadbiran Gaza dengan 15 kanak-kanak meninggal dunia, mengalami kekurangan zat makanan dan dehidrasi, selain mengancam nyawa lebih 700,000 penduduk.

"Bantuan melalui udara memberi kesan serius kepada rakyat dan menimbulkan cabaran besar kerana sebahagian daripada bantuan digugurkan berhampiran zon penampan (dengan Israel) atau kawasan yang dikawal oleh tentera rejim atau terletak di dalam wilayah Palestin yang diduduki.

"Tempat bantuan itu digugurkan tidak sesuai kerana tidak dijatuhkan di tempat yang selamat," menurut kenyataan itu.

Amerika Syarikat pada Sabtu telah melaksanakan bantuan kemanusiaan pertama ke Gaza, dengan lebih 30,000 makanan digugurkan.

Beberapa hari lalu, tentera Mesir bersama Qatar, Perancis, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu terlibat dalam operasi bantuan menerusi udara di Semenanjung Gaza. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan Rasmi PM Ke Mesir Bakal Perkukuh Hubungan 2 Negara