web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih 1.2 Juta Jemaah Haji Tiba Di Arab Saudi

Luar Negara Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 8:35PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH - Lebih 1.2 juta jemaah haji dari seluruh dunia telah tiba di Arab Saudi setakat ini bagi musim haji 1445H, menurut Saudi Press Agency (SPA).

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah dalam sidang media berkata jemaah berkenaan dilaporkan telah melengkapkan prosedur kemasukan ke negara itu dengan mudah selain mempunyai keadaan kesihatan yang baik serta tahap kepuasan yang tinggi.

Beliau menyatakan kejayaan itu adalah hasil "pertolongan Allah" diikuti oleh "sokongan tanpa had kepimpinan yang bijaksana" dan "usaha ikhlas wira-wira sektor yang berkhidmat kepada jemaah".

Dr Al-Rabiah menegaskan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk berkhidmat kepada jemaah, didorong oleh arahan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi dan Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud untuk menyediakan tahap penjagaan tertinggi kepada jemaah, termasuk untuk memudahkan ketibaan mereka ke dua masjid suci dan tempat suci serta melaksanakan ibadah dengan mudah.

Beliau berkata perkara itu dimanifestasikan melalui persiapan awal termasuk meneliti semula perancangan, projek dan inisiatif, sejak berakhirnya musim haji 1444H.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk semua jemaah mematuhi peraturan dan arahan bagi memastikan pengalaman haji yang lancar dan memuaskan untuk semua.

Untuk tujuan itu, kementerian telah melancarkan pendekatan pelbagai serampang. Kempen antarabangsa yang merangkumi lebih 20 negara mendidik jemaah tentang bahaya melanggar peraturan haji, amalan penipuan dan kempen palsu.

Kempen nasional, "Tiada Haji Tanpa Permit," mengukuhkan peraturan dan memastikan pengalaman haji yang lancar dan teratur bagi semua jemaah yang mengikuti prosedur yang betul, menurut SPA.

Selain itu, menteri menekankan kejayaan berterusan Inisiatif Laluan Makkah, yang diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri dan beroperasi di tujuh negara melalui 11 lapangan terbang. la telah memudahkan ketibaan lebih 250,000 jemaah tahun ini.

Dr Al-Rabiah juga menyatakan sepanjang beberapa bulan yang lepas, program latihan intensif telah dijalankan untuk lebih 120,000 pekerja dan ketua kumpulan jemaah.

Bengkel itu yang diadakan dalam pelbagai bahasa di dalam dan luar negara, melengkapkan petugas dengan kemahiran yang diperlukan untuk memberikan tahap hospitaliti dan perkhidmatan tertinggi kepada semua jemaah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Kena Masuk Kelas Memandu Ni!

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Selebriti Popular Tanah Air Yang Dijemput Menjadi Tetamu Allah Tahun Ini

4

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 18 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Sukan 16 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih