web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 11:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Panah' - Nadeera

Pujian harus diberikan pada Nadeera kerana tidak berputus asa untuk mengukuhkan namanya dalam industri muzik. Kini, Nadeera tampil dengan sebuah karya baharu ciptaan komposer tersohor Sharon Paul dengan lirik oleh Fedtri Yahya dan Nadeera sendiri. Lagu berjudul 'Panah' ini ada sedikit pengaruh balada Indonesia dan sekali dengar, ia tampak sesuai dijadikan runut bunyi untuk drama dan filem. Berkat suara merdu Nadeera dan melodi indah yang mudah gubahan Sharon Paul, lagu ini ada harapan jika diberi putaran radio yang adil.

'Jaga Dirimu' - Rudi Zil

Pertama kali mendengar suara Rudi Zil lewat karya ini, saya teringatkan vokal para penyanyi kumpulan kugiran pop Indonesia. Kebetulan nada suara Rudi Zil mirip dengan gaya nyanyian mereka, malah muzik yang ditampilkan juga ada sedikit persamaan. Lagu yang berjudul 'Jaga Dirimu' ini dicipta sepenuhnya oleh Rudi Zil dan diedarkan oleh Luncai Emas. Saya tidak hairan jika lagu ini bakal disukai oleh pencinta lagu-lagu Pop Melayu kerana gaya persembahannya juga tidak jauh beza dengan karya yang kerap dimainkan di radio. Cubaan pertama yang baik namun untuk kekal relevan Rudi mungkin perlu tonjolkan sesuatu yang sedikit berbeza dan luar biasa supaya mudah diingati oleh peminat muzik tempatan.

'GK Undercover' - Syamsul Yusof  

Lama juga tidak mendengar karya muzik dari Syamsul Yusof dan kini, pelakon ini muncul dengan 'GK Undercover' yang juga merupakan lagu tema drama 'Gerak Khas' terbaharu iaitu 'Gerak Khas Undercover'. Semestinya jika Syamsul yang melagukan sudah pasti ia sebuah karya berentak hip hop dan kali ini Syamsul kekal setia pada konsep dasar lagu tema 'Gerak Khas' yang mengulang dua perkataan itu di dalam korus. Syamsul sememangnya selesa mendendangkan lagu hip hop dan ada bakat untuk menyanyi rap. Dengan bantuan siri drama terbaharu ini yang bakal ditonton oleh peminat siri tersebut, saya yakin lagu ini akan mudah melekat di dalam ingatan para peminat muzik Malaysia, khasnya yang menyokong lagu-lagu hip hop di dalam Bahasa Malaysia.

'Penuh Dengan Mimpi' - Gette Ang

Karya pilihan kami dari Brunei minggu ini merupakan sebuah lagu berjudul 'Penuh Dengan Mimpi' dendangan Gette Ang. Lagu berentak pop R&B ini menghiburkan dan tidak membosankan. Dicipta oleh Nazmo dengan lirik oleh Azizi Sabri bersama Nazmo sendiri, ia diwarnakan dengan nyanyian rap untuk menimbulkan sedikit kelainan. Korus lagunya mudah diingati dan suara penyanyinya juga sesuai dengan rentak irama yang dihasilkan.

'Air mata salju' - KamarxKazie Hyrie Ridwan, Fazly Ridwan dan Dilliqeez

Sebuah lagi karya dari Singapura terbitan Ashidy Ridwan yang tidak mengecewakan, sekali gus menjadi karya kegemaran saya dalam senarai ulasan minggu ini. Menampilkan bakat-bakat hebat dari seberang tambak, bait-bait pembuka lagu ini sahaja sudah membuat hati saya terpaut. Biarpun itu mungkin cita rasa peribadi saya, namun saya sekali lagi memuji usaha Ashidy Ridwan menerbitkan lagu berbahasa Melayu yang berkualiti dengan sedikit sentuhan balada R&B. Lebih menarik, lagu ini tidak perlu mencuba dengan berlebihan. Cukup dengan iringan piano asas sudah memadai untuk melengkapi ikatan vokal luar biasa KamarxKazie Hyrie Ridwan, Fazly Ridwan dan Dilliqeez. Syabas buat mereka dan semoga lebih banyak karya seperti ini akan muncul bukan sahaja di Singapura tapi juga di Brunei dan Malaysia. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara