web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 4:11PM

Syamsul Yusof menarik semula saman yang difailkan ke atas JAWI dan MAIWP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Pengarah filem Syamsul Yusof hari ini menarik balik samannya terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berhubung penyebaran gambar mengandungi fakta aib mengenai hubungannya dengan pelakon Ira Kazar.

Peguam Datuk Adnan Seman yang mewakili MAIWP berkata susulan penarikan balik saman itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membatalkan saman dan pernyataan tuntutan berkenaan.

“Saman itu dibatalkan oleh mahkamah tanpa kebebasan untuk memfailkan semula. Plaintif (Syamsul) juga diarahkan membayar kos RM4,000 kepada defendan pertama dan kedua, serta RM5,000 kepada defendan ketiga,” kata peguam itu ketika dihubungi selepas pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

Peguam Azahir Nasir, yang mewakili Syamsul turut mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 28 Mac lepas, Syamsul, 39, atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof selaku plaintif, menyaman Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan JAWI Mohd Haris Abdllah, Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail dan MAWIP sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Syamsul menerusi pernyataan tuntutannya berkata pada 20 Dis 2022, ibunya Datin Patimah Ismail menghantar sekeping gambar mengandungi nama Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, nombor kad pengenalan, tandatangan dan pernyataan bertulis menerusi aplikasi WhatsApp, kepada plaintif.

Dakwa pelakon filem ‘KL Gangster’ itu, gambar pernyataan tersebut yang disebar dan diedarkan kepada ibunya, mengandungi fakta-fakta mengaibkan dan memalukan plaintif.

Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu 13 Jun lalu - gambar fail
Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu 13 Jun lalu - gambar fail

Syamsul berkata beliau menghubungi Ira, yang kini isterinya untuk bertanyakan mengenai gambar tersebut dan wanita itu memaklumkan beliau telah dipanggil oleh defendan ketiga (MAWIP), untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes oleh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, yang ketika itu isteri pertama Syamsul.

“Keterangan Ira yang dirakam oleh defendan pertama (Mohd Haris) tertakluk di bawah Seksyen 59 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah) Persekutuan 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah, yang mana pernyataan itu dikategorikan sebagai dokumen persendirian dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972,” kata Syamsul dalam pernyataan tuntutan itu.

Oleh itu, plaintif mendakwa ketiga-tiga defendan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 apabila menyebarkan gambar pernyataan tersebut, selain mendakwa keterangan Ira ditokok tambah oleh defendan pertama serta ia merupakan fitnah, kerana memberi gambaran bahawa plaintif melakukan maksiat dan mempunyai hubungan luar perkahwinan bersama pihak lain.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan teruk serta kos difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 14 Jun lepas, Syamsul melafazkan cerai talak satu terhadap Puteri Sarah, 38, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, selepas isteri pertamanya itu memfailkan permohonan cerai atas alasan mereka tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq berpanjangan serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri mengikut hukum syarak. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara