web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

Menurut Puteri Sarah, hubungan anak-anaknya dengan Syamsul kini semakin rapat dan dia enggan merosakkan momen bahagia anak-anaknya

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 4:02PM

Puteri Sarah dan anak-anaknya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana mengakui belum memberitahu anak-anaknya bahawa dia dan bekas suami, Syamsul Yusof telah berpisah.

Menurut Sarah, anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 4, kini sedang dalam fasa bahagia kerana sering meluangkan masa bersama bapa mereka. 

“Anak-anak tidak pernah bertanya. Mereka fikir semuanya seperti biasa. Syamsul pun semakin rapat dengan anak-anak. Hubungan mereka semakin baik. Mereka kerap berjumpa dan berhubung melalui panggilan telefon dan video. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira. Hubungan saya dengan Syamsul juga semakin baik.” katanya ketika ditemui di sidang media pra kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 35 (ABPBH35).

Ditanya adakah dia akan memberitahu perkara sebenar kepada anak-anaknya nanti, kata Sarah buat masa ini dia belum terfikir untuk memberitahu hal yang sebenar kerana tidak mahu merosakkan momen bahagia anak-anaknya.

“Sekarang ini semuanya tengah baik. Biarlah situasi ini kekal seperti ini. Saya tidak mahu rosakkannya,” ujarnya. 

Ketika ini Sarah masih menjalani tempoh iddah. Dan berbaki lagi dua kali tempoh suci daripada haid sebelum iddah berakhir. Dia dan Syamsul telah bercerai pada 14 Jun lalu.

“Selepas habis tempoh iddah saya akan ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Biarpun ramai yang mempersoal kenapa saya kerap ke tanah suci, pada saya ini adalah cara terbaik untuk saya mulakan hidup baru dan ‘healing’’, kongsinya.

Dalam perkembangan lain, tahun ini buat pertama kalinya nama Puteri Sarah tercalon di ABPBH35 bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular. 

“Alhamdulillah ini kali pertama saya tercalon setelah berbelas tahun menjadi pelakon. Impak drama Andai Itu Takdirnya begitu kuat. Watak Umairah memang menjadi kesukaan penonton. Saya rasa ini adalah salah satu faktor yang memboloskan nama saya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular,” katanya. 

Puteri Sarah juga bakal terlibat dengan filem terbitan negara seberang iaitu Indonesia dan akan sibuk berulang alik untuk menjalani penggambaran di sana. – Getaran, 12 Julai 2023.

Foto : Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 3 hari yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara